Friday, October 14, 2011

Steve Jobs dan tak habis belajar



Kematian Steve Jobs minggu lepas mengejutkan ramai orang. Memang ramai yang menyanjung beliau. Mana tidak, gadget dengan cop Apple yang dimiliki jutaan orang itu, pada sebagahagian besar dari mereka bukan lagi menjadi barang mewah tetapi barang keperluan. Pada mereka ini, tanpa barangan Apple, hidup jadi hambar.

Hebatnya Steve Jobs ini antara lain adalah kerana beliau berjaya dalam innovasi dan komersil sedangkan beliau adalah seorang college drop-outs. Beliau, tak habis sekolah.

Bill Gates (Mirosoft) juga sama - tak habis sekolah. Mereka masuk dalam senarai 10 orang tak habis sekolah yang berjaya.

Untuk berjaya perlukah tak habis sekolah? Itu persoalannya. Kerana setakat ini, jarang dengar cerita yang berjaya itu habis sekolah dan sampai jadi professor. Ini kita boleh sembang kemudian.

Saya tanya kepada sesi kuliah saya semalam.

"Are you going to be drop-outs" selepas membuat contoh Jobs dan Gates yang juga drop-outs.

"Yes..." beberapa orang menyahut.

"Well, if you want to leave the university make sure that you know what you want to do and have full determination to do it."

Ya, you know what you want to do DAN full determination. Dua elemen penting.

"Which I think you don't have."

Mungkin selepas ini kita boleh senaraikan sejuta orang yang tidak berjaya kerana tak habis sekolah untuk imbang senarai yang 10 tadi.

Berjaya - apa definisi yang sebenar?






26 comments:

  1. berjaya= kita buat apa yang betul2 kita suka, tidak ade satu perasaan terpaksa dan kita bahagia walau outcomenya tidak sebesar mana. kalo sukses besar dengan itu, itu adalah BONUS.

    ReplyDelete
  2. berjaya berdiri dgn usaha sendiri :)

    ReplyDelete
  3. sy pernah timbulkan isu ni dlm blog sy dulu..apa ukuran kejayaan sebenarnya?


    kalau yg clichenya, seseorang itu dianggap berjaya bila ada kerja hebat-hebat, berpangkat, ada nama dan juga pakai kereta yg mewah..


    tak payah pegi jauh..Siti Nurhaliza pon sekolah setakat tingkatan 5 tp dia dikira antara org berjaya di Malaysia..

    ReplyDelete
  4. yup bro..gua kagum ngn job. selain dia tak habis belajor tapi yg gua kagum dia ada darah islam dlm diri. bapa dia pelarian syria hijrah ke amerika...

    "kalo aku tak dibuang kolej, apple takan wujud" Jobs...

    "pelek,aku yg cipta apple tapi aku yg ditendang keluar" Jobs

    ReplyDelete
  5. mmg hebat lah steve tu ..x hbs belaja pon boleh jd superb man

    ReplyDelete
  6. Berjaya adalah apabila kita telah menyukakan Allah dan mengasihi sesama makhluk (manusia, alam, haiwan) dan akhir kehidupan disudahi dengan ucapan Iman dan Yakin (La ilaha illallah) yang bulat pada-NYA..

    ReplyDelete
  7. mencipta sesuatu dngn usaha sendiri

    ReplyDelete
  8. which i think u dont hv..
    owh,tajam sungguh!

    ReplyDelete
  9. Berjaya ialah bila kita masuk syurga.

    ReplyDelete
  10. berjaya...
    terlalu subjektif ...

    ReplyDelete
  11. berjaya bila ambik gaji 1 dollar setahun daripada syarikat yang dibentuknya sendiri (itu yang saya bacalah).

    komputer Apple yang pertama yang dia buat tu dulu pun asalnya barangan hobi saja di Amerika, tapi dia berjaya mengubah dalam fasa kehidupan dia selepas itu.

    saya rasa berjaya bagi manusia seperti Jobs ini ialah bila dia dapat mengubah satu kaum, satu bangsa, satu dunia.

    ReplyDelete
  12. agaknya those yang drop out, tapi berjaya bukan sebab depa bodoh belajo, tapi sebab terlebih cerdik kot..

    ReplyDelete
  13. pengasas Ramly Burger tu belajar setakat tingkatan 5 je. Bukan sebab diorang tak pandai, tapi sebab terlebih pandai. They want to discover more exciting things. Sekolah kadang-kadang membosankan

    ReplyDelete
  14. Bro, yg menariknya tentang berjayanya Steve Job juga bergantung pada sistem pendidikan tinggi dan peluang di sana. Difahamkan walaupun dia drop out, tapi dia masih pergi ke kelas-kelas yang dia suka sahaja. Sistem disana membenarkan dia mengikuti kursus-kursus yang tidak memerlukan dia belajar utk lulus dan dapat ijazah. Hanya dapat ilmu. Dengarnaya dia mengambil kursus kaligrafi dan akhirnya diaplikasikan dalam sistem komputer Apple yg pertama. Agaknya kalau ada pelajar drop out masih hang out dalam dewan lecture Dr Ben, Apa reaksi Dr Ben?

    ReplyDelete
  15. semuanya terletak dihati...mahu atau tidak...

    ReplyDelete
  16. mmg bagus reminder yg doktor bagi kat student tu...

    sememangnya determination dan hala tuju tu dah set dan yakin sepenuhnya..

    klu setakat amik contoh steve tak abis belajar pastu berangan je tak tahu buat apa...
    mmg payah la kan...

    kat tempat sya, lecturer agama komplen sbb rmaai student pompuan jumpa dia suh carikan jodoh sbb nak kawin cepat...hahaha

    ReplyDelete
  17. Betul apa yang Saudagar Mimpi tu cakap.

    Dari Wiki:
    "Although he dropped out after only one semester, he continued auditing classes at Reed, while sleeping on the floor in friends' rooms..."

    Maksudnya, walaupun dia drop out dan tak graduate secara rasmi dengan ijazah, tapi dia tetap pergi kuliah dan tamatkan kursus yang dia hadiri (tanpa penilaian).

    Di Malaysia, secara umumnya, kalau pelajar tu drop out, orang akan fikir, kenapa dia nak masuk kuliah? Bukan nak ambil exam pun.

    Exam dan assesment oriented mentality boleh jadikan masyarakat tak minat dengan ilmu. Buat apa nak belajar? Bukan masuk exam pun.

    Jobs dan Gates memang drop outs. Tapi bukan sebab malas atau bodoh. Diorang ada self-initiative untuk cari ilmu. Cuma bukan melalui sistem pendidikan yang orthodox.

    ReplyDelete
  18. "Mungkin selepas ini kita boleh senaraikan sejuta orang yang tidak berjaya kerana tak habis sekolah untuk imbang senarai yang 10 tadi."....exactly

    ReplyDelete
  19. rezeki dan kelebihan org..
    btw sy mmg kagum dgn dia sbb idea2 dia yg sgt 'wow'!

    ReplyDelete
  20. http://www.lifeprinciples.net/SuccessatLife.html

    worth reading bro..

    Life Well-Lived!

    ReplyDelete
  21. ur_whispers,

    terbaik!

    ----------------
    Saudagar Mimpi,

    Beliau akan kena halau oleh pakgad.

    ----------------
    mamaNoriz,

    Saya pun suka suruh diorang kawin cepat. Menyemak je takde sape tegur perangai gedik.

    -----------------
    FdausAmad,

    nice one. Bila nak amal?

    ReplyDelete
  22. "Berjaya" dalam hidup bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Depends pada diri masing-masing. Masyarakat kita, amnya mengukur kejayaan itu apabila mampu memakai kereta berjenama mewah, BMW misalnya. Kerjanya apa, atau projek apa, itu semua belakang kira.

    Kita terlalu emphasize definisi kejayaan itu melalui material. Jarang kita kaitkan pada kepuasan dalam mencapai matlamat kita. Ini kerana matlamat kita, sejak dari kecil lagi sudah ditentukan melalui sistem.

    Sebagaimana yang berlaku ketika para pelajar kita yang lepas UPSR dan PMR. Already sort out.

    ReplyDelete
  23. dlm dunia ni berjaya tu bila dpt apa yg di cita2kan...wpun sekolah x habis...
    di kampung saya ada seorg tu sekolah smpi drjh 6, mmg bodoh pun masa sekolah dulu...pastu kawin dgn seorg yg pun mgkin x sekolah jgk...buat bisnes proses ayam...skrg rumah dia harga stgh juta...ni kira contoh kampung laa..

    dr segi agama plk, berjaya bila kita dpt redho Allah...

    ReplyDelete
  24. teringat dlu ada satu berita, pelajar UPSR bunuh diri sebab tak dapat A..

    mentaliti ibu bapa atau orang dewasa umumnya kena ubah bila bercakap pasal "berjaya"..

    ReplyDelete
  25. yg penting berjaya dlm hidup itu pasti bos..

    ReplyDelete
  26. Dekat kampung aku dekat kelantan, ramai tauke2 batik yg berstatus jutawan semuanya tak masuk universiti. Setakat habis sekolah je. Katanya sebab xleh nak sambung belajar so bisnes. Tapi lebih berjaya drp org yg belajar tinggi. (kalaula berjaya diukur dgn duit semata2). Pandangan peribadi aku sistem pendidikan skrg ni ajar kita utk bekerja dgn org bukannya utk berkerja sendiri. Sistem yg melatih kita utk menjadi seperti machine.

    ReplyDelete