Tuesday, October 25, 2011

Lawatan ke IBS Centre, KL

Salah satu program bersama kakitangan TEVTA ialah lawatan. Kami melawat IBS Centre di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Mereka sangat kagum dengan IBS ini. Ini menggambarkan corak pembinaan yang sistematik yang cuba dijayakan oleh CIDB.

Apa itu Industrialize Building System (IBS)? Boleh baca di sini. Yang paling penting dengan IBS ialah kelajuan pembinaan dan kualiti yang terjamin.

Contoh-contoh rumah dengan menggunakan sistem IBS memang membuka mata bukan saja kepada peserta program, bahkan saya juga.






 Dr. Ibrisam (saya le tu), En. Mohd Rizal (Manager IBS Industry) , Mr. Zubair dan Mr Zia Ul Haq (ye.... nama ex presiden Pakistan)



Engineer Zubair (masih solo) - misai tebal, ulam raja!

Dan esoknya, berakhir program saya bersama dengan pegawai TEVTA ini selama 4 hari. Semoga apa yang kami dapat dalam sesi ini akan memberi manfaat di masa hadapan.

 Sesi lecture memang intense kadang-kadang. Mereka adalah pelajar yang agresif! Nasib baik saya juga adalah lecturer agresif!

 Gambar terakhir.

Mr Shair Ali, Principal (IPB 4 bulan ni woi!)

17 comments:

  1. misai tebal ulam raja..kah3
    buat lawak lah pak cik ni

    ReplyDelete
  2. err.. apa maksud IPB 4 bulan?

    ReplyDelete
  3. Pernah berpengalaman buat bagunan IBS...memang menarik...tapi bila ada insan yang terlibat ngan projek yang kurang ilmu pasal IBS, tu yang jadi susah...

    ReplyDelete
  4. suka tengok seni bina rumah tu, tp macam kecik ke sbb bentuk gitu nampak kecik je?

    ReplyDelete
  5. cantik rumah contoh tu...tanah luas...

    ReplyDelete
  6. segak segak belaka

    ReplyDelete
  7. Salam Dr..
    saya penah buat rumah guna steel beams & columns,steel roof structure dan precast concrete beams....dikira IBS jugak ke..?

    ReplyDelete
  8. maksud IPB 4 bulan bolehlah melawat masjid seri petaling, akan terungkai maksud itu nanti...cuma dr kena tebalkan sikit janggut tu dan panjang baru nampak tampan sikit

    ReplyDelete
  9. Anonymous4:22 PM

    Yup IBS memang boleh mempercepatkan pelaksanaan projek. even mahal sket tapi lebih berkualiti. JKR pun skrg byk pakai IBS especially for kuarters

    ReplyDelete
  10. Salam

    Mudahnya IBS ini untuk difahami ialah konsep pasang siap.

    Pembinaan konvensional memerlukan kerja di tapak dan memerlukan banyak tenaga kerja sedang IBS dibawa elemen/part dari kilang untuk dipasang ditapak dengan minimum tenaga kerja.

    Ironinya IBS masih tidak meluas penggunaannya.

    Itu sebab syarat menggalakkan IBS untuk projek Kerajaan ialah 70% mesti menggunakan IBS.

    Adakah tercapai?

    ReplyDelete
  11. PROGRAM PEMULIHAN 3M

    (PROTIM) BAHASA MELAYU

    PROTIM Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di samping mengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.


    Objektif pengajaran Pemulihan pula adalah seperti berikut :

    * membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu

    * mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran

    * memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

    Program Pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru Pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.

    PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.

    PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.

    ReplyDelete
  12. Mazmi.

    IPB = India Pakistan Bangladesh

    ------------
    kasihibu,

    maybe design memang camtu.

    ------------
    FadzliAmir,

    maybe.

    ------------
    MFTAQIYUDDIN,

    tercapai atau tak, kena tengok audit tahunan ;)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Tuan,

    Teman punya kawan pembekal dan kontraktor IBS tu...andaikata tuan mempunyai ruang likup yg membolehkan teman mengembangkan mana mana projek yang berminat menjalankan projek berdasarkan sistem IBS harap tuan majukan kat teman ya...

    maaf tuan mencelah semoga berjaya selalu..doakan utk teman ya...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Tuan,

    Teman punya kawan pembekal dan kontraktor IBS tu...andaikata tuan mempunyai ruang likup yg membolehkan teman mengembangkan mana mana projek yang berminat menjalankan projek berdasarkan sistem IBS harap tuan majukan kat teman ya...

    maaf tuan mencelah semoga berjaya selalu..doakan utk teman ya...

    ReplyDelete
  15. Unknown,

    Siapakah anda?

    ReplyDelete
  16. As Salam,,
    Along,prnah ikuti khursus binaan IBS,,d bawah anjuran MARA dn CIDB..struktur IBS ni memang kemas dn menarik..krna stiap bahagian binaan mesti berukuran tepat d stiap sudut dn sambungan..jika org tk fhm tntang IBS maka mereka akn mngatakn ia nya sama dgn binaan pasang siap..tpi sbenar nya kedua2 nya adalah berbeda..jika ada rezeki,,Along pun akn bina rumah mnggunakkn IBS..

    ReplyDelete
  17. As Salam,,
    Along,prnah ikuti khursus binaan IBS,,d bawah anjuran MARA dn CIDB..struktur IBS ni memang kemas dn menarik..krna stiap bahagian binaan mesti berukuran tepat d stiap sudut dn sambungan..jika org tk fhm tntang IBS maka mereka akn mngatakn ia nya sama dgn binaan pasang siap..tpi sbenar nya kedua2 nya adalah berbeda..jika ada rezeki,,Along pun akn bina rumah mnggunakkn IBS..

    ReplyDelete