Saturday, September 10, 2011

Ulasan: CELTIC FROST Morbid Tales

Jika kita membaca sejarah penubuhan Celtic Frost, kita akan dapati bahawa tahap permainan instrumen mereka berada di paras amatur. Tom G Warrior sendiri merasakan diri beliau tidak akan ke mana dengan permainan gitar beliau. Tetapi apa nak buat? Idea yang beliau hasilkan perlu diketengahkan juga disebabkan ianya tersangat unik dizamannya. Tiada yang seperti mereka. Ketika satu dunia terkesan dengan kepantasan muzik Thrash Metal, Celtic Frost menentang arus - bagaimana memberatkan muzik. Mula dengan mengendurkan tali gitar kemudian mencari sound sesebu mungkin untuk bunyi gitar. Dan menggunakan chord progression yang tak terfikir semasa itu (saya pasti Tom sendiri tidak tau apa jenis progression yang beliau gunakan). Tom patut berterima kasih kepada drummer dan bass (Martin Ein dan Stephen Priestly) yang banyak menyumbang kepada tight lagu yang dihasilkan di dalam album ini. Andaikata mereka pun 2x5 dengan Tom, Celtic Frost pun akan berkubur seperti Hellhammer; sebuah kekesalan Tom di masa lampau. Yang nyata, ini adalah album klasik yang tidak dapat dipertikaikan. Dengan album ini, muncullah kelompok band Death dan Black Metal yang berpeleseran di muka bumi sekarang. Dengarkan Circle Of The Tyrants, Dethroned Emperor dan Morbid Tales dan anda akan dibawa ke zaman dimana muzik Metal itu adalah yang mengasyikkan dan elit.

1 comment:

  1. dah macam THE RAMONES...main 3 chord dah terkenal...apa pun hail to Celtic Frost sebab kumpulan yang menjadi idola band band metal sekarang

    ReplyDelete