Saturday, September 10, 2011

Ulasan: CELTIC FROST Into The Pandemonium

Album ini album rojak. Tidak diketahui apa yang difikirkan oleh Tom G Warrior. Pada satu kelompok lagu (Mexican Radio, One in Their Pride dan I Won't Dance), nampak seperti mahu memasukkan elemen new wave. Pada kelompok yang lain (Mesmerized, Tristesses de la lune dan Oriental Masquerade) seperti mahu memasukkan elemen gothic dan selainnya membawa Celtic Frost ke arena muzik Metal yang lebih komersil. Mungkin ini adalah sindrom banyak-idea-tak-cukup-masa. Walaupun seolah-olah tunggang langgang namun jika diambil setiap lagu secara individu - majoritinya unik dan kreatif. Ambil lagu Mesmerized sebagai contoh - ia merupakan anthem horror yang bijak. Babylon Fell pula secara halus menyuntik elemen glam rock ke dalam fizikal Celtic Frost. Inner Sanctum pula bertenaga sebagai meneruskan agenda Celtic Frost seperti yang telah dinatijahkan di dalam dua album sebelumnya. Yang nyata, Celtic Frost seolah-olah memberi isyarat kepada peminatnya - sesuatu yang penting akan berlaku di dalam kem mereka. Peminat tergamam menunggu.

No comments:

Post a Comment