Thursday, September 22, 2011

Khidmat masyarakat untuk pelajar sekolah luar bandar

Saya dan Dr. FakirFikir sedang merancang program khidmat masyarakat untuk pelajar sekolah luar bandar. Non profit. Beliau memang ada talent semulajadi untuk program ini sedangkan saya, mahu belajar dari beliau. Dan saya rasa, beliau ada keikhlasan dalam niat beliau. Ini menjadi faktor yang kuat untuk saya menyokong program beliau.

Program yang sedang kami rangka adalah program satu hari. Ia membabitkan usaha membuka minda pelajar sekolah tentang teknik belajar secara efektif dan pengenalan kepada dunia kejuruteraan.

Dr. FakirFikir akan mengambil slot teknik belajar sesuai dengan bidang pengkhususan beliau dalam bidang psikologi (beliau baru selesai dengan PhD beliau di University of South Australia baru-baru ini).

Saya pula akan mengambil slot pengenalan kepada kejuruteraan untuk menimbulkan minat pelajar kepada dunia kejuruteraan dan cuba membuka minda tentang aplikasi subjek sains dalam modul pembelajaran sekolah mereka.

Kami sedang merangka perjalanan program ini yang mengambil masa sehari (pagi sampai petang), Sabtu ataupun Ahad. Kami tidak mengenakan bayaran apa-apa untuk khidmat masyarakat ini.

Tujuan kami memilih sekolah luar bandar adalah kerana mereka kurang akses dengan program sebegini berbanding dengan mereka yang berada di bandar.

Khidmat masyarakat ini tidak berkait dengan apa-apa organisasi ataupun pertubuhan. Kami bergerak secara bebas.


Saya menulis dalam entry ini sekadar bertanya jika ada sekolah luar bandar yang berminat? Jika ya, boleh hubungi kami melalui email: thebentara at gmail dot com.

*jika tahu ada sekolah yang berminat, bolehlah forwardkan entry ini kepada mereka.

16 comments:

  1. bro aku tinggal di kawasan luar bandar hehehehehehe aku copy entri ni ya utk tujuan sebaran am

    ReplyDelete
  2. salam tuan.

    saya berminat tentang idea 'teknik belajar untuk pelajar sekolah' ini.

    saya cuba juga mennyampaikan kaedah pembelajaran saya semasa di universiti untuk pelajar-pelajar sekolah juga. tapi, hairan juga kenapa ia begitu sukar untuk disampaikan. mungkin macam-macam faktor.

    saya berminat untuk diskus-diskus online pasal topik ni.

    ReplyDelete
  3. Sekolah luar bandar terhad di kawasan sekitar Ipoh/Tronoh aja, atau satu Malaysia?

    ReplyDelete
  4. Kalau nak terlibat sebagai pengajar macam mana? Masih berpeluang kah?

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah mudah mudahan..

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan urusan segala :).
    saya tak layak nak ngajar.tapi bangga dgn saudara krenmaut dan fakirfikir.

    ReplyDelete
  7. good job doktor...

    murah rezeki nanti, ni kira sedekah jariah jugak kan...

    alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. Wah..bagusnya...
    Skolah kat kg saya tu mmg kategori luar bandar...Nanti saya tanyakan kot2 dorg berminat...

    ReplyDelete
  9. alhamdullillah...ada yang perihatin dengan sekolah luar bandar...PEACE NO WAR

    ReplyDelete
  10. kat sekolah Pandan bro!!! Survivor

    ReplyDelete
  11. tawawfayakof,

    Usaha begini jangan ambil hati dengan kegagalan. Perbaiki kalau boleh. Semangat mesti kuat. Selalu check balik niat.

    ----------
    Daddy Ziyyad,

    Satu Malaysia (takat mana kami mampu pergi).

    ------------
    Kolekkecil,

    Buat masa ini kami nak buat simple je. Mungkin kalau program ni jadi besar, kami akan train fasilitator baru untuk penuhi demand.

    ReplyDelete
  12. semoga program saudara utk adik2 dan anak2 kita berjaya dan menjadi pemangkin kpd mereka yang lain utk berkhidmat dgn masyarakat, lebih2 lagi tanpa mengenakan bayaran apa-apa.

    ReplyDelete
  13. bagus nyer..nk join bleh? ;-)

    ReplyDelete