Thursday, September 15, 2011

Di mana pelajar tempatan untuk Master dan PhD?

Tulisan ini adalah dirujuk:

Top varsities have to spearhead research

I REFER to the many reports on the ranking and rating of universities. It is critical that all universities are both ranked and rated. Only through ranking and rating will we know where a university stands in relation to its peers.

In the case of Malaysia, the Government pumps in tens of billions of ringgit each year to support public universities. As a Malaysian, I certainly expect some results in the form of high ranking when any reputable survey is done. High ranking will also attract the best students and professors to be associated with that university.

As we move towards a developed economy, we certainly need excellent universities to spearhead research and to push the boundaries of knowledge. We cannot take centre stage if our faculties are light and if we have no knowledge of our own.

We must aspire for some of our universities to be in the top 100, if not the top 10. There are many benefits to having a university of distinction.

First, it acknowledges that we are a country of a certain standing, not a backward one.

Second, it will attract more international students. The cream of the cream, like what Oxford and Cambridge are to Britain, and Harvard and MIT to the United States. Hopefully, these students will stay and contribute to our gene pool.

Third, having a distinguished university or two will prompt more foreign direct investors to consider putting their money here.

Finally, it is a great moral booster for all of us, academic or not.

Middle class families will not be pressured to send their children overseas at tremendous cost to them. They will not have to, if local universities are as good, if not better.

Keep the ranking and rating. Follow it closely and be on top of the game.

PHILIP WONG PAK MING,
Kuala Lumpur. [source]
Saya berminat hendak komen pada point yang kedua.

Memang telah ada ramai pelajar post-graduate yang sedang mengikuti penyelidikan di tahap Master dan PhD di universiti-universiti terkemuka negara. Jika anda tinggal di sekitar UTM, UPM, USM dan sebagainya, hampir pasti warga asing yang anda lihat adalah pelajar-pelajar tersebut - of course, kena tolak pekerja buruh binaan Indonesia dan Bangladesh.


Untuk buat mendapatkan Master dan PhD melalui kerja penyelidikan, biasanya pihak universiti menawarkan skim graduan yang mana calon akan diberi elaun bulanan dan yuran pembelajaran juga dibayar. Sebagai ganti, pelajar dikehendaki untuk menyiapkan kerja penyelidikan di samping membantu jabatan dan fakulti selama beberapa jam seminggu.


Dengan lain kata, anda dibayar untuk mendapatkan degree Master dan PhD anda. Berbeza dengan zaman anda buat sarjana muda dulu - anda kena bayar, dan silap-silap anda berhutang untuk belajar.


Walaupun elaunnya tidaklah sebesar mana pada pandangan graduan tempatan tetapi skim ini sangat lumayan bagi pelajar-pelajar antarabangsa. Mereka datang ke sini untuk buat Master dan PhD tetapi pada masa yang sama, mereka dibayar untuk membuatnya.


Selepas selesai, majoriti akan kembali ke negara asal dengan Master dan PhD - atau ke negara Barat untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka tidak akan kekal di negara ini untuk menggunakan ilmu yang sudah diperolehi. Penyudahnya, walaupun kerja penyelidikan di universiti mantap tetapi ini tidak dapat dinatijahkan pada suasana tempatan.


Pada pendapat saya, yang lebih kritikal ialah kita memerlukan ialah lebih ramai calon Master dan PhD dari rakyat tempatan sendiri. Apabila mereka keluar dengan ijazah, mereka akan memberi sumbangan kepada negara. Untuk mencapai status negara maju, majoriti tenaga kerjanya perlu mempunyai tahap akademik yang bersesuaian. Dua manfaat kita dapat dari pelajar tempatan - nama universiti naik begitu juga dengan negara.
 

Buat masa ini, masih banyak peluang untuk mendapatkan Master dan PhD melalui kerja-kerja penyelidikan di universiti tempatan. Ingat - anda dibayar untuk mendapatkannya. Masih belum terlambat.

Saya mempunyai beberapa slot lagi - Master melalui penyelidikan, jika ada yang berminat. Satu tempat telah diambil oleh bekas pelajar akhir tahun saya dan satu lagi bakal diambil oleh seorang calon luar negara. Jika tidak berminat dengan saya, masih ada puluhan lagi supervisor yang mungkin sesuai untuk anda. Yang anda perlu lakukan sekarang ialah berhubung dengan orang tanggungjawab yang sepatutnya [LINK].

17 comments:

  1. klu kat usm ramai pak arab...

    ReplyDelete
  2. Najib Razak kata semalam, professional di Malaysia adalah dibayar paling rendah berbanding negara negara jiran. Samada najib baru sedar, atau baru nak buat statement sebegitu. Saya tidak pasti tentang bidang engineering, tapi bagi bidang medicine, tak ramai yang sanggup duduk dalam university sebab pulangannya memang tak berbaloi dgn pengorbanan yang perlu dibuat untuk sampai ke tahap Master /PhD. Ramai yang dapat Master (specialty), terus cabut ke private sector, or even migrating. Skim Master (at least) buat professional perubatan tidak semudah membuat research & publication, ia memerlukan pengorbanan berkhidmat di hospital sekali.

    ReplyDelete
  3. Saya juga ada slot. tapi psychology only!

    ReplyDelete
  4. agreed!

    skang student dapt nikmati gaji wlupun tgh belajar berbanding zaman kite dulu...especially master n pdh yg more to research..

    me yg in-caj dgn payment utk research, pening kepala gak layan kerenah researchers and at the same time menghadap birokrasi kerajaan.. huhu

    ReplyDelete
  5. Daddy Ziyad,

    U know better on your job. Tapi kalau dibiarkan je, memang tak akan cukup golongan pakar kat hospital kita. Outsource je jawabnya.

    -------------
    MamaNoriz,

    Sabarlah dengan karenah mereka. Kita kerja sebagai satu team.

    ReplyDelete
  6. degree pun belum lepas ni

    ReplyDelete
  7. Nation building is indeed a complex subject. Most of the time it is a vicious circle of events. In the end, we have to start somewhere. Remember, Rome was not built in a day.

    My 2 sen.

    ReplyDelete
  8. Antara keluhan pelajar Master tempatan.

    Dia disia-siakan masa hidupnya semasa proses nak mendapatkan ijazah.

    Pensyarah 'ikat' student dengan macam-macam benda luar kotak yang tak sepatutnya pun pelajar tu kena buat. Kalau menolak, sendiri fikirlah akibat dan kesan. Itu supervisor kita. Buat dia masam muka, menangis pulak kita dihujungnya.

    Jadi, Master yang boleh disiapkan dalam tempoh 2 tahun melarat sampai 3-4 tahun. Kerja tetap yang secure belum dapat lagi.

    ReplyDelete
  9. pakkordi,

    agree.

    -------
    Kolek Kecil,

    Research memang banyak cabaran. Ia tidak linear macam zaman undergrad.

    Apapun, both supervisor n student kena professional.

    ReplyDelete
  10. "pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan" ?

    kena check balik slogan ni..

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Bagi saya la isi slot tue?? heheh....

    Tapi ada jugak konflik pada student tempatan. Ni yang saya dengar dari kekawan saya yang sambung master melalui research. Dimana research tu mmg ada geran tapi masalahnya lecturer plak xnak bagi elaun dan bayar yuran dengan alasan kamu nak belajar kamu tanggung la sendiri. Tu sebab pertengah research kekawan sy brenti setengah jalan sebab bebanan dan tanggugjawab pada keluarga.

    ReplyDelete
  12. tumpang lalu........
    kalo byk ade simptom 'PHD'..mmng x kemane le.....
    komen x kene ngn entry,...hehehhehehe

    ReplyDelete
  13. belum terlambat lagi eh nak sambung master..? dulu semangat berkobar2, tapi la ni bila anak dah mengemut, semangat dah ditelan dek anak2.. hihi..

    ReplyDelete
  14. Anaa,

    family lebih penting

    ReplyDelete
  15. Setuju. dua2 kena profesional.

    ReplyDelete
  16. ada pasang niat ...

    semoga didatangkan semangat dalam masa terdekat ini .....

    ReplyDelete
  17. Anonymous7:13 PM

    aku baru je dapat offer fellowship uni utk buat master. tapi elaun fellowship tu alahai..3 kali setahun bayar. aku ni pulak dah sedia maklum pasal karenah lembab birokrasi pejabat bendahari univ ni, perasaan nak accept fellowship & nak sambung master pakai duit sendiri tu saling tarik menarik.

    tengok dulu la macam mana nanti.

    ReplyDelete