Thursday, August 04, 2011

Politik Ramadan 3

Manifesto Parti Salafusoleh untuk memenangi pilihanraya RAMADHAN 1432H

1. Berusahalah semaksimum mungkin untuk menjadikan Ramadhan yang penuh berkat ini sebagai stesen muhasabah diri, dengan meningkatkan amal-amal kita, mengulang dan memperbaikinya, sebagai bekal kehidupan kelak.

2. Berusahalah menjaga kestabilan dan konsisten mengerjakan solat terawih secara berjemaah kerana Rasulullah SAW bersabda,

?Siapa yang solat bersama imam sampai dia berhenti, maka akan dicatat untuknya seperti mendirikan solat sepanjang malam?

3. Berlebih-lebihanlah dalam bersedekah.

?Berusahalah untuk memberi makanan atau minuman kepada orang yang berpuasa agar kita mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya??

4. Bertekad untuk istiqamah dalam melakukan perbuatan baik yang kita biasakan dalam bulan Ramadhan, setelah berakhirnya Ramadhan. (baca quran, qiamullail, sedekah, ?)

5. Mengambil pengajaran berdasarkan waktu yang telah berlalu, serta berusaha menutupi kekurangan yang ada dengan memanfaatkan sisa-sisa umur.

6. Sesungguhnya bulan ini adalah bulan ibadah dan amal, bukan memperbanyakkan tidur dan mencambahkan kemalasan.

7. Lazimi lidah kita untuk berzikir. Janganlah kita termasuk dalam kalangan mereka yang sedikit mengingati Allah SWT.

8. Ketika kita merasa lapar, maka ingatlah sesungguhnya kita adalah makhluk yang lemah dan sangat memerlukan makanan dan keperluan lainnya daripada Allah SWT.

9. Gunakanlah waktu kita pada bulan ini untuk menjinakkan syahwat daripada melakukan perbuatan yang tidak bermanfaat, bahkan membahayakan.


10. Ketahuilah bahawasanya beramal itu adalah amanah. Maka muhasabah diri kita apakah kita telah melakukannya dengan baik atau tidak.

11. Berusahalah memahami makna-makna (tafsir) daripada Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW, sirah Rasulullah SAW dan salafusoleh, serta ilmu-ilmu agama kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah termasuk ibadah.


http://www.murabbi.net/articles.php?article_id=331

- nukilan AbuQays (al-fikrah.net)

No comments:

Post a Comment