Saturday, August 13, 2011

Melancong ke Niagara Falls Part 8: Thousand Islands

Dari Rochester kami terus ke Thousand Islands yang mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai. 
The Thousand Islands is the name of an archipelago of islands that straddle the Canada-U.S. border in the Saint Lawrence River as it emerges from the northeast corner of Lake Ontario. They stretch for about 50 miles (80 km) downstream from Kingston, Ontario. The Canadian islands are in the province of Ontario, the U.S. islands in the state of New York. The islands, which number 1,793 in all, range in size from over 40 square miles (100 km2) to smaller islands occupied by a single residence, to even smaller uninhabited outcroppings of rocks that are home to migratory waterfowl. The number of islands was determined using the criteria that any island must be above water level all year round, have an area greater than 1 square foot (0.093 m2), and support at least one living tree. (wikipedia)


Saya pergi tanpa expectation apa-apa sebab tujuan utama ialah ke Niagara Falls dan itu telah terlaksana. Ini adalah sebagai bonus saja.

Yang menarik tentang pulau-pulau di sini ialah ia dimiliki oleh individu. Seperti lot tanah, ia dibuka untuk dijual. Ketika dijual hampir seratus tahun dahulu, harganya tidaklah mahal. Malah, untuk beberapa pulau yang nampak tak berapa elok tu, sangat murah.

Sekarang ia menjadi summer house untuk mereka (yang kaya).

Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila turun dari bas ialah berposing. Ini semua salah Maksym!

Kedua, mencari toilet. Queue wanita sudah tentu panjang. Kenapa? Lelaki senang je hala ke dinding kan? Wanita lebih elaborate ;)

Adakah saya bercita-cita mempunyai bot laju seperti di belakang ini?

Bot yang akan membawa kami sudah sampai. Jam 11am.

Melabuhkan diri.

"Sam, it is your boat!" kata Maksym kepada saya. "Oh yes, please get in" jawab saya.

Warm up sebelum belayar.

Off we go!

Kami mula rapat kepada pulau-pulau yang ada.

Nampak rumah-rumah yang kiut miut dan comel tu? Semuanya di atas pulau-pulau kecil. Dan ia rumah betul!

Bot rapat dengan pulau. Sah orang kaya yang memiliki pulau ini.

Banglo di atas pulau. Tidakkah ini menjadi angan-angan manusia?

 Lagi rumah di atas pulau yang lain. Biasanya satu pulau, satu rumah.

 Di atas pulau yang lebih besar. Syarikat bot yang lain yang beroperasi. Bukan Sam's.

 Best kan ada rumah di atas pulau?

Antara pulau ke pulau sudah tentu kena naik bot. Kalau Hari Raya Aidilfitri, tak meriah?

Bersambung...

5 comments:

  1. gmbr posing pertama tu mmg ganas

    btw, balik rmh mertua aku pun kena naik bot, hehehe...

    ReplyDelete
  2. hanya mampu tgk jela.hehe

    ReplyDelete
  3. perhh steady la abg ben..nice place. gua suka rumah2 ats pulau tu. mmg impian gua nak buat pulau utk gua jer..

    ReplyDelete
  4. ingat keluar 40hari usa ke...

    ReplyDelete
  5. pergh..kesian maksym.....dia dipersalahkan pasal posing memosing..heheheh

    ReplyDelete