Saturday, August 20, 2011

Melancong ke New York 3: City Sights NY

Sambung lagi sesi Melancong ke New York.

Oleh kerana tak puas meronda New York sekejap (waktu malam), maka saya buat repeat trip. Kali ni berseorangan (tanpa Maksym) yang dah selamat sampai ke kampung halamannya di Ukraine.

Untuk trip kali ini saya menggunakan khidmat City Sights NY dengan membeli pakej INI. Oleh kerana ia mengambil masa 2 hari, saya ada dua pilihan samada bermalam di NY atau pulang ke Bethlehem dan kembali pada esoknya. Saya memilih yang kedua kerana lebih murah bayar tiket bas dari menginap di hotel.

Dari Bethlehem memang ada daily bus trip ke NY. Bas sejam sekali lebih kurang. Tambangya $41 round trip. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Not bad.

Bas stand Bethlehem. Memang. Buruk.

Stesen bas di NY. Bas parking underground. Mengimbas zaman Puduraya (tapi sini lebih sistematik dan bersih dan beraircond).

Jam 730am. Orang dah sibuk.

Menuju ke kaunter City Sights. Pagi-pagi pun dah ramai orang - mostly pelancong.

Nak masuk $25. Ni bukan tujuan saya.

Tapi mungkin best.

Cuma takde kesempatan. Tengok dari luar saja la.

Pagi-pagi buta orang dah nak masuk - queue beli tiket.

Kaunter City Sights NY ni kat dalam Madame Tassaud's Wax Museum. Nak masuk muzium ni dalam $25. Pun bukan dalam itenary saya. Lain kali je la.

Macam best je.

Antara mereka yang telah di'wax'kan.

First agenda ialah naik NY Harbour Midtown Cruise. Kena menapak ke jeti dalam 1-2km. Tak mengapa. Memang niat nak kuruskan badan ;)

Ni adalah bus rival kepada City Sights NY. Ada beberapa lagi tetapi yang lain guna van atau untuk yang kaya raya boleh naik private limousine.


Bersambung...

3 comments:

  1. wah....ada sambungan...best....!!! teruskan....

    ReplyDelete
  2. menunggu lanjutan...

    ReplyDelete
  3. banyak sambungan wooo.. penat aku.

    ReplyDelete