Sunday, August 14, 2011

Anekdot Dialog #9: Ahli Mantiq

Ahli Mantiq: Ana dengar anta tak suka ilmu mantiq.

Budak Salafi: Bukan tak suka, salaf kata ilmu mantiq haram tak salah ana pendapat Ibn Shalah.

Ahli Mantiq: Kalau orang kafir tanya tentang fiqh kita tak betul dengan ilmu mantiq macam mana.


Budak salafi: Mana boleh fiqh tak betul, mesti ilmu mantiq itu yang tak betul.

Ahli Mantiq:Kalau orang tanya lembu 4 kaki sama dengan babi 4 kaki , kenapa lembu boleh makan tetapi babi haram makan.


Budak Salafi: Haram nya babi bukan kerana kaki nya, tetapi ta'abud pada perintah Allah di dalam Al-Qur'an

Ahli Mantiq: Sudah orang kafir itu tak tahu Al-Quran macam mana pulak.


-tamat-

Budak Salafi : Sheikh ana ada soalan mantiq ini, ahlul hadith boleh jawap ka.


Ahlul Hadith : Soalan mantiq berkait dengan Aqaid adalah haram disisi kami.

Budak Salafi: Kali ini mantiq fikah,(diulang soalan ahli mantiq)

Ahlul Hadith: Kalau macam itu cuba tanya dia, agama dia haramkan tak kahwin dengan ibu/ayah kandung sebab mantiqnya sama. Isteri anda adalah perempuan dan ibu kandung adalah perempuan tetapi kenapa satu boleh kahwin satu lagi tak boleh.

Budak Salafi: Oh ada manfaat juga ilmu mantiq.

Ahlul Hadith: Setiap yang Allah cipta ada manfaat, seperti mana babi.



oleh AbuQays (al-fikrah.net)

No comments:

Post a Comment