Thursday, August 25, 2011

Anekdot Dialog #20: Sufi Bathil

Sufi Bathil: Ana tak boleh sembahyang fardhu berjemaah, kerana ana takut syirik.
Da'ie Hikmah: Ini ilmu yang sangat tinggi ni, macam mana boleh macam tu.

Sufi Bathil: Kerana ana rasa, bersungguh-sungguh nak datang jemaah, kerana ramai nye orang, bukan kerana Allah.
Da'ie Hikmah: Jadi oleh kerana perkara itu enta tinggalkan sembahyang jemaah.

Sufi Bathil: Ye macam itulah sepatutnya untuk menjaga kesucian hati ana dari syirik.
Da'ie Hikmah: Kalau macam itu lah tasawuf enta, tidak adalah yang akan tinggal daripada Sunnah rasul S.A.W melainkan, Tidurnya.

Sufi Bathil: Kenapa macam itu.
Da'ie Hikmah: Kerana hampir kebanyakan perbuatan fi'liah rasul S.A.W berkaitan dengan bersama manusia lain, danfi'liah nabi yang terlepas dari menjaga hati(kerana dalam tidur) adalah Tidurnya. Ini bukan tasawuf tapi talbis iblis.


oleh AbuQays (al-fikrah.net)

No comments:

Post a Comment