Seorang Jabbari telah pergi dari meja ke meja di sebuah kedai makan.
Jabbariyyah Tegar: Allah telah taqdirkan saya makan, makanan tuan hari ini.
Salafi Tegas: Macam mana kamu tahu Allah sudah taqdirkan.
Jabbariyyah Tegar: Kerana aku diberi niat untuk datang kesini menjamah makananmu.
Salafi Tegas: Mengapa tidak memilih orang lain.
Jabbariyyah Tegar: Jika Allah sudah taqdirkan aku untuk menjamah makanan kamu, adakah pilihan bagi ku.
Salafi Tegas: (Bangun sambil membuat isyarat ingin menampar si Jabbariyyah)
Jabbariyyah Tegar: Ish (sambil mengelak dari dirinya dipukul) Kenapa kamu membuat begini pada seorang Islam.
Salafi Tegas: Kenapa kamu memilih untuk tidak di pukul, kamu tahu bukan tiada pilihan atas taqdir Allah.
oleh AbuQays (al-fikrah.net)
Ini fasal.... sungguh takut saya ingin berfikir mengenainya...
ReplyDelete