Sunday, August 21, 2011

Anekdot Dialog #16: Syiah Murakkab

Syiah Murakkab: Kenapakah kamu menyokong dan mengiktiraf kebaikan sahabat-sahabat nabi S.A.W kesemuanya, tidakkah mereka itu manusia biasa.
Salafiyyah: Apakah salah mengiktiraf manusia biasa yang diiktiraf oleh Allah S.W.T

Syiah Murakkab: Tidaklah ada kebaikan menceritakan manusia biasa yang melakukan dosa-dosa, menjadi contoh didalam agama.
Salafiyyah: Adakah kamu mengatakan tidak ada kebaikan Ashabul Kahfi, An Najar, Luqman Al Hakim dan orang-orang biasa yang bukan maksum disebut oleh Allah didalam Al-Qur'an.

Syiah Murakkab: Bahkan lebih baik Zulaikha dan Balqis dari wanita-wanita dikalangan sahabat-sahabat nabi :saw.
Salafiyyah: Mengapa kamu berkata begitu.

Syiah Murakkab: Kerana mereka bukanlah wanita-wanita yang melahirkan zuriat yang bermusuh dengan Ahl Bayt.
Salafiyyah: Jika begitu lebih baik ibu aku dari ibu mu.

Syiah Murakkab: Mengapa begitu?
Salafiyyah: Kerana dari ibuku lahir seorang pencinta Ahl Bayt dan sahabat radiaAllahuanhum Ajmain. Tapi dari ibumu lahir seorang yang cinta sebahagian Ahlul Bait dan membenci sahabat.

No comments:

Post a Comment