Ahlul Hadith: Pada pandangan ana. Banyak kemudharatan dari kebaikan kerana membiarkan orang jahil keluar berdakwah.
Da'ei Hikmah: Apakah kemudharatannya yang anda madsudkan.
Ahlul Hadith: Tersebarnya cerita-cerita palsu dan fitnah ilmu agama.
Da'ei Hikmah: Apakah kesan dari kemudharatan tersebut.
Ahlul Hadith: Ramainya pengamal ajaran-ajaran salah.
Da'ei Hikmah: Cuba anta fikir begini,apa bila kita mengajar bahasa arab pada satu peringkat pelajar dikelas bawah, akan di paksa hiwar dalam bahasa arab walaupun salah. Adakah anta fikir madrasah kita akan mengamal bahasa arab yang salah kesudahannya. Dan wajarkah kita berhentikan mereka dari berhiwar (berbual) dalam bahasa arab yang salah kerana sangkaan itu.
Ahlul Hadith: Saya bercakap tentang usaha dakwah ini secara amnya bukannya begitu.
Da'ei Hikmah: Nampaknya apa yang saya cuba sampaikan masih tidak difahami. Apabila usaha da'wah digerakkan seluruh dunia orang yang baru dalam usaha atau bukan alim akan melakukan kesalahan, adakah tidak ada 'alim akan memperbetulkannya. Apakah 'alim yang ada didunia ini akan suruh mereka berhenti bertabligh dan membiarkan mereka(ummah) dalam kesesatan.
oleh AbuQays (al-fikrah.net)
No comments:
Post a Comment