Monday, August 15, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEEMPATBELAS

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?


Jemaah asal yang berbuka di Dialogue Center sebenarnya tidak ramai. Saya, Ibrahim (exchange student dari Arab Saudi), Shahrukh Khan (sedang menyiapkan thesis Ph.D beliau di Lehigh University) dan Naazer (staff IT di Lehigh University). Sesekali, imam tetap join sekali bersama isteri (baru nikah) dan juga bekas student Lehigh University, Samir (Egyptian) bersama isteri.

Sesekali kami ditemani oleh tetamu-tetamu. Antaranya, dua orang bangsa Pakistan. Seorang student baru yang mahu mendaftar program MSc yang baru mendarat dari Pakistan bersama pakciknya yang sudah lama menetap di sini. Itu untungnya jika ramai sanak saudara yang berhijrah ke tanah asing. Tidak janggal apabila sampai kerana persediaan dengan mudah dapat dibuat. Cuma yang sedikit kelakar, student Pakistan ini juga bernama Shahrukh (tanpa Khan). Saya berseloroh; sekarang kita kena panggil Shahrukh B dan P (B – Bangladesh, P – Pakistan).

Selepas berbuka kami bersembang sementara waktu Isya’ sampai. Si pakcik sudah lama hijrah. Sebahagian dari hidup beliau dihabiskan di Canada. Apabila syarikat multinational (pharmacy) yang beliau menjadi kakitangan mengecilkan saiz operasi di Canada, beliau telah dihantar ke sini (dengan jawatan yang lebih baik). Saya bertanya hal Canada. Beliau menjawab Canada adalah sebuah negara yang baik. Ekonominya boleh tahan. Aman. Malah matawang Canada juga lebih baik dari USA.

Pendapat beliau sebenarnya berbeza dengan rakan-rakan di Dialogue Center. Mereka mengatakan bahawa ekonomi Canada tidak sebaik USA dari segi kekosongan kerja. “Nothing much happening” adalah ekspresi mereka. Ditambah dengan cuaca yang lebih sejuk kerana berada nun di utara. Namun itu disanggah oleh si pakcik. “The weather is not that bad, unless you go extremely north”.

Saya berminat hendak mengetahui tentang kehidupan Canada kerana Canada agak senyap. Kita tak mendengar berita dari Canada jika kita mencari berita Canada. Polisi Canada memang begitu, tak masuk campur hal ehwal dunia. Ini ditambah dengan rakan sekerja di UTP satu masa dahulu (dari Iran dan Iraq) yang berhijrah ke Canada selepas mendapat tawaran kerja di sana.


2 comments:

  1. Canada...negara yang penuh misteri...ye lah...berita dari sana kalau ada pun pasal hoki ais (canada kan salah satu kuasa besar hoki ais..)..pasal lain..baru baru ni...WILLIAM dan KATE....lepas tu..senyap...nasib baik aku kenal Annihilator...kalau tak...tahu celine dion dan shania twain le....heheheh

    ReplyDelete