Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?
Weekend lepas, 2 malam berbuka di surau Uni. Kedai makan Johnny's Bagels yang sponsor. Pemiliknya adalah seorang Egyptian Muslim. Menjual sandwich (ala Subway) dan pelbagai lagi American food. Ada satu kedai berada di dalam kampus. Ada cerita, tapi sebelum tu kena faham, kebanyakan dari mereka menggunakan fatwa bahawa sembelihan ahli kitab, halal dimakan.
So sekali tu konon nak pergi beli. Masuk kedai tengok menu. Alamak, ada ham. Kemudian tengok dapur, tukang masak tengah masak sesuatu atas stove. Rasa geli terus datang. Keluar kedai, terfikir, camana dia boleh jual ham ni? At the same time promote kat orang Islam suruh datang makan kedai dia. Dan ahli kitab itu ialah Jews dan Christians samada zaman dulu atau sekarang; sama je.
Masa solat tarawih, saya bertanya kepada imam. Kedai tu jual ham camana weh? Dia kata, sebenarnya, bukan ham (pork) tapi ham (turkey). Baru faham. Kan American ni suka ham (pork). So nak survive dia letak la dalam menu tu ham, walhal yang dia bagi ialah ham (turkey). Nak kata menipu pun tak juga. Sebab bila sebut ham, ia adalah produk makanan yang ada bentuk tertentu. Sliced thin meat yang selalunya boleh makan terus tanpa masak. Anyway, imam kata, American pun tau pasal ham kedai tu tapi buat donno je. Mungkin takde beza rasa kot?
Teringat di Adelaide, yang banyak kedai pizza Arab yang pada menu depa pun ada ham. Mungkin ham (turkey) dan bukan ham (pork). Kena tanya secara berbisik pada owner kedai tu kot? Moga rakyat Malaysia Adelaide boleh clarify.
Gambar di atas sekadar hiasan. Semasa di New York, bus tour berhenti kat satu kedai pizza Italian yang dia kata antara yang terbest di Brooklyn. Tidak, saya tak makan sekadar ambil gambar saja. Gambar Godfather tu memang kena dengan Italian kan? Entah-entah kedai tu ada connection dengan mafia?
italy dan mafia tak dapat dipisahkan....kena pulak area brooklyn...
ReplyDeletewah saya teruja.selain itu boleh lah shopping baju band..:)
ReplyDeleteYap. Aku pernah jumpa halal ham ke bacon, tak sure mana satu. Diaorang cured "beef" utk rasa mcam cured babi.
ReplyDelete