Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?
Saya baru dapat roomate baru di ofis. Beliau adalah seorang pensyarah dari Pusan National University (Korea). Berbeza dengan saya, jangkamasa beliau ialah setahun disini. Oleh kerana setahun, dia bawa family sekali. Tentu seronok bukan saja untuk beliau tetapi keluarga beliau sendiri. Tidak la kena kes rindu merindu macam saya sekarang ini.
Beberapa hari lepas, seorang Prof dari Australian School of Petroleum (ASP) mengucapkan tahniah kepada saya kerana selesai dengan PhD. Beliau menjemput saya ke biliknya untuk diskusi kerjasama antara UTP dan ASP. Yang dia tidak tahu ialah saya sudah tidak berada di bumi Adelaide. Cuma saya beri cadangan kepada beliau untuk fikir tentang bagi position Post Doc kepada mana-mana staff UTP yang layak. Kalau ASP setuju dan UTP pun sama setuju tentang position ini, baru cantik!
Apabila berfikir panjang tentang karier, saya fikir attachment seperti di Lehigh University sekarang ini mungkin tidak mahu lagi saya teruskan. Even kalau bagi masa yang lebih panjang (bawa family sekali). Mungkin yang perlu ialah attachment dengan industri lebih baik yang boleh dibuat locally. Untuk dapatkan kredibiliti industri. Lagipun anak-anak membesar dan mereka perlu menghadapi peperiksaan yang besar untuk masa depan mereka.
Saya katakan kepada isteri, lainlah kalau kita migrate 5-10 tahun (sambil ketawa). Sekadar buat lawak.
Begitulah angan-angan manusia. Panjang.
p/s: gambar hiasan adalah instrumen terbaru yang bakal sampai heheh
bro sempat selit lg barang baru yg bakal tiba keh keh..
ReplyDeleteooo... ingatkan by-hand, ebay ke?
ReplyDeletehenci.. gitar baru
ReplyDeletesetuju dengan attachment di industri.. sekarang ni pun tengah attach dengan mesiniaga (computer n it company) untuk 3 bulan.. berbaloi
ReplyDelete