Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?
Malam kedua bertarawih dengan sedikit kemajuan. 6 lelaki dan 1 perempuan. Si perempuan bersama suaminya. Tidak sempat bersembang dengan pasangan tersebut. Umur dalam 60an mungkin. Arab. Mungkin professor di sini.
Berkenalan dengan seorang Bangla yang telah menghabiskan separuh usia hidup beliau di USA. Sekarang dalam status menunggu masa untuk presentation PhD beliau. Beliau kenal dengan beberapa pensyarah di UTM yang sama-sama bersama semasa membuat BSc dulu. Masih berhubung. Apabila bersembang mengenai anak - beliau sedang menunggu kelahiran anak pertama. Saya menyatakan saya menunggu yang ke-5. Dia ketawa dan faham, orang Malaysia memang ramai anak. Sahabat beliau di UTM sudah ada 7 anak katanya.
Saya berharap hari Jumaat ini saya dapat menumpang beliau untuk solat di masjid di bandar Allentown. Saya tak pernah jejak kaki lagi. Walaupun dekat dengan kereta tetapi jika naik bas, mengambil masa hampir dua jam untuk sampai (naik bas tambah jalan kaki akibat stop yang jauh). Begitulah tak reliablenya pengangkutan awam di sini. Kerana di masjid itu nanti barulah kita dapat faham suasana sebenar Muslim di sini. Surau di Uni ini tidak memberi gambaran sebenar.
Saya masih berazam untuk mengkhatamkan al-Quran. Semoga Allah s.w.t. bantu saya. Berbuka semalam dengan sahur tadi satu resepi - tomyam daging + ayam. Lebih sedap dari biasa rasanya. Tapi lidah rasa teringin nak makan kuih Melayu.
p/s: gambar tu adalah gambar surau di Lehigh University yang letaknya di bangunan Dialogue Center. Di sinilah kami bertarawih.
khatam 3 kali lah bro!!
ReplyDeletexde cerita pasal juadah berbuka?
ReplyDeletebagus mm share cam gini.. pasal orang agama Islam kat tempat omputeh gini..
ReplyDelete