Wednesday, July 20, 2011

Ulasan: MANOWAR Fighting The World

Album ini dibanggakan oleh Manowar kerana buat pertama kalinya mereka menggunakan rakaman secara digital. Tahun 1987. Sekarang sudah menyeluruh rakaman sebegini dan rakaman analog pula yang menjadi sesuatu yang rare. Malang sekali, rakaman digital menghilangkan segala bentuk warmth pada album ini. Bunyinya nipis dan kering. Lemaknya hilang. Ia seperti memakan daging steak yang terlampau masak - hilang segala juice yang manis itu. Akibat dari ini, ia memberi kesan kepada lagu-lagu di dalam album ini. Elemen gloomy lenyap tetapi pada masa yang sama, lagu neo-balada menjadi senjata baru kepada Manowar seperti lagu Defender dan Carry On. Sementara keseluruhan album lebih uplifting (suka sangat dapat rekod digital kot?). Dengan Blow Your Speaker, Manowar membangga diri sebagai sebuah band paling kuat di dunia seperti yang telah diiktiraf oleh Guiness World Book Of Records.

3 comments:

  1. album yg memperkenalkan aku kpd manowar, dan membuatkan aku meminati muzik metal... 1st time dgr album ni dlm versi piring hitam (abg takilala punya)

    ReplyDelete
  2. aku suka steak yg welldone...
    yg juicy2 x suka sgt...

    ReplyDelete
  3. walau rakaman digital, tetap hebat! mereka lebih advance dari band metal yang lain dalam mencari kelainan walau analog lebih mengiurkan hasilnya.
    joey and co. lebih advance. rakaman digital tapi cover tradisional!

    phew! blow my speaker

    ReplyDelete