Thursday, July 14, 2011

Ulasan: KREMATION Let Them Hate And Fear

Kelebihan kita di nusantara ini ialah kita boleh mencaci Yahudi semahu-mahunya tanpa takut diambil tindakan. Mungkin ini boleh menjadi satu topik yang mana kita betul-betul bersatu (maaf melencong sikit ada bau politik kenegaraaan pula). Dalam skop Metal nusantara, memang ini antara topik yang mudah untuk naik darah dan natijahnya, muzik yang brutal, marah dan berasap. Rilisan ini membuktikannya. Gitarnya seperti chainsaw yang memotong balak 3 pemeluk sedangkan drumnya seperti tembakan machine-gun. Solo gitarnya menoreh ke saluran darah. Vokalnya seperti komander perang yang hanya nampak darah dan nyawa di hadapannya. Ini adalah brutal. Dan ke'brutal'an itu nampaknya dituju kepada musuh yang sangat-sangat dibenci! Malangnya, cuma dua track saja yang ditawarkan. Itupun, yang satu lagi sebagai lagu bonus. Menimbulkan persoalan, kenapa tidak tunggu saja cukup 3-5 lagu sebelum dirilis? Itu hanya boleh dijawab oleh empunya badan. Kremation ini bukanlah seperti yang saya kenali sebelum ini namun ini adalah resureksi yang terbaik dari Sarawak setakat ini.

3 comments:

  1. cuba dr ben ulas juga band voltan dan saktism dari sarawak

    ReplyDelete
  2. muzik kremation kali ini lebih sukar untuk dihadam berbanding rilisan lama mereka, terlalu 'ganas'..btw jangan lupa juga mengulas single daripada band Narratik(sekiranya ada dalam simpanan saudara)juga dari sarawak.

    ReplyDelete
  3. ismadiyusuf dan korawk,

    semua band yang disuruh rebiu tu tiada dalam simpanan ;)

    ReplyDelete