Tuesday, July 19, 2011

Syok

Kuliah Ustaz Shamsuri lagi... via iPod.

Zaman Nabi s.a.w. dulu memang zaman sastera. Zaman syair. Penyair semuanya kaya raya. Ambil upah buat syair. Seseorang boleh jatuh ke tanah (bukan literal) apabila terdapat syair yang menjatuhkan beliau di tampal di dinding Kaabah. Maruah beliau boleh jatuh dan beliau akan dipandang hina oleh penduduk Mekah ketika itu, tak kiralah kaya beliau macamana pun.

Syok pada syair ni lain macam. Jadi terngiang-ngiang, terbayang-bayang dan bait-bait syair yang sedap itu disebut berulang-ulang. Masuk ke dalam jiwa. Kesedapan dia lain macam.

Bukan syair saja. Orang yang minat dengar suara burung merpati pun macam itu lah. Sanggup pergi perangkap kat dalam hutan. Bila terdengar bunyi merpati yang sedap tu tiba-tiba hati tersentak. Terngiang-ngiang dan terbayang-bayang.

Kita yang tak minat dengan syair dan bunyi merpati ni memang rasa pelik dan kerut dahi. Kenapa boleh jadi macam tu?



Then it struck me. Begitulah dengan muzik Metal yang ulang-ulang dengar tu. Terngiang-ngiang dan terbayang-bayang. Sedap dia lain macam. Lagu pop, blues, jazz... kesannya tak macam itu. Bahkan peminat muzik pop, blues dan jazz pun pelik. Lagu huarrghh huarrghhh macam tu ko kata sedap?

Rupa-rupanya ini naluri manusia. Ia berbeza-beza.

Cabarannya ialah untuk tidak melampaui garisan sempadan. Garisan sempadan itu adalah lalai.

2 comments:

  1. "Lagu huarrghh huarrghhh macam tu ko kata sedap?"

    +1

    hahaha!

    ReplyDelete
  2. heheh...ok apa dari lagu yang lirik 18sx...terbayang tuuuu aje...

    ReplyDelete