Friday, July 01, 2011

Randoming at Bethlehem

Randoming ni ada ke dalam English?

Ini adalah sos yang saya makan di sini. Nak cari sos cili yang biasa, tak jumpa. Untuk makluman, grocery store yang dekat (jalan kaki) cuma ada satu je yang dekat dengan rumah. Namun begitu, rasanya umphhh... rasa macam nak tonggang terus.

Dengan lain perkataan...

THUMB UP!

Khas untuk peminat air yang pelik-pelik terutamanya Saudara Ijau kita, memperkenalkan air dalam tin berperisa tembikai. Harga cuma $1. Rasa macam air kordial biasa je campur sana sikit campur sini sikit. Rasa tembikai macam takde pun. Membuatkan saya teringin nak minum jus tembikai kedai tomyam.

Tadi sempat pergi ke Lehigh Valley Mall (yang dikatakan paling besar di kawasan ini). First time naik bas tambang. Nanti cerita khas tentang mall ini. Anyway, masuk Barnes & Nobles, perut lapar jadi singgah kat Starbucks dalam tu, order mocha blended besar lepas tu tanya gadis sunti cashier,

"I brought with me my lunch, can I eat here?"

"Sure!" lepas tu tersengih. Mungkin pelik kot request saya. Kat Malaysia boleh ke buat perangai macam ni kat Starbucks?

Sebelum balik, sempat sapu isu sempoi Classic Rock ni. Rasa sayang nak buka plastik. Esok-esoklah. Kalau tak sabar, boleh baca dulu rebiu dari brader deafangel kita DI SINI. Ada beberapa majalah lagi dengan cover IRON MAIDEN seperti Metal Hammer dan Record Collector tapi tak mampu nak beli. Tunggu brader deafangel kita je la rebiu.

8 comments:

  1. "Khas untuk peminat air yang pelik-pelik terutamanya Saudara Ijau kita"

    +1 utk air yg pelik2

    nanasmania xde ke?

    ReplyDelete
  2. hahaha doc bawak bekal tuh g mane2. hahaha. jus tembikai kat TG corner mase malam2 ummphhh sedap bangat doc. hahaha.

    ReplyDelete
  3. ari rabu lepas pegi mph midvali.nampak MH cover IM tu.skali tgk dh tbukak cd kena cilik.cisss sapa la punya keja.

    ReplyDelete
  4. air semangka dalam tin? best giler tu

    ReplyDelete
  5. air semangka??...deaf..org johor ngan singapura je guna ayat ni...hahaha..

    ReplyDelete
  6. kat swk pun ada sstgh org gelar semangka jugak

    ReplyDelete
  7. wow.. Starbucks... Abng Ben minum Starbucks... teringat post yuppie masa MySelangorStory! haha

    ReplyDelete
  8. kat mesia, awal2 da letak sainbod. -no outside food-

    ReplyDelete