Wednesday, June 22, 2011

WACANA: METHODHOLOGI AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH DALAM USUL & MUAMALAT


MASA: 9:00AM - 5:00PM
TARIKH: 26/06/2011 - AHAD
LOKASI: MEDIU, PLAZA MASALAM, SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA


1) SYEIKH TAMIMI - AQEEDAH AM

2) USTAZ LUQMAN BA'ABDUH - METHODHOLOGI AHLUSSUNNAH & METHODOLOGI YANG MENYIMPANG

3) USTAZ FATHUL BARI - METHODHOLOGI AHLUSUNNAH DALAM AQEEDAH

4) DR FADHLAN MOHD OTHMAN - METHODOLOGI AHLUSSUNNAH & AHLI KALAM

5) USTAZ IDRIS SULAIMAN - METHODOLOGI AHLUSUNNAH DALAM FIQH

6) USTAZ MUHAMMAD ASRIE SOBRI - METHODOLOGI AHLUSUNNAH DALAM MUAMALAH DENGAN PENGUASA

SESI FORUM

_____________________________________________________

YURAN: RM 15
(MINUM PAGI + KERTAS KERJA)

UNTUK PENDAFTARAN & PERTANYAAN
HUBUNGI:

ABDULLAH TAHMIM : 012 - 6096143
ABDULLAH HARAHAP : 017 - 6611725

Sumber: www.facebook.com/event...7118772288
-----------------------------------------

Wacana Mantap..!!! Disyorkan hadir.. Rancang cuti anda dan sebarkan...
     

4 comments:

  1. Methodhologi Ahlu Sunnah tanpa wal Jamaah agaknya tu. Dia punya flyer pun tulis Ahlu Sunnah tanpa wal Jamaah.

    Apa-apa pun, ilmu yang baik memang dituntut mencarinya, tetapi hanya-sanya yang membawa masaalah dan fitnah adalah bila sebahagian Ahlu Sunnah iaitu pengikut Imam Taimiyah yang sewenang-wenangnya menyatakan kafir pada Asyariah dan Maturiti yang merupakan pegangan Ahlu Sunnah wal Jamaah (golongan teramai Muslim dari 4 mahzab iaitu dari Marroko hingga hujung Indonesia dan mahupun kini dibenua-benua Eropa dan Amerika), eloklah dikaji sedalamnya dan dielakkan dari membuat umat Islam berpecah-belah.

    ReplyDelete
  2. zarh,

    Apakah kalam sebenar dari Ibn Taimiyyah yang mengatakan Asyariah itu kafir?

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya, Imam Ibn Taimiyyah tidak mengkafirkan Asyariah sebagaimana dalam fatwanya:


    وأما لعن العلماء لأئمة الأشعرية فمن لعنهم عزر. وعادت اللعنة عليه فمن لعن من ليس أهلاً للعنة وقعت اللعنة عليه. والعلماء أنصار فروع الدين، والأشعرية أنصار أصول الدين

    " Manakala sesiapa yang melaknat ulama-ulama Al-Asya'irah maka si pelaknat itu hendaklah dihukum ta'zir dan kembali laknat itu kepada sesiapa yang melaknat Al-Asyairah juga sesiapa yang melaknat orang yang bukan ahli untuk dilaknat maka dialah yang perlu dilaknat, ulama adalah pendukung cabangan agama dan Al-Asyariah juga adalah pendukung dan pejuang asas agama Islam (Majmuk Fatwa, juzuk:4, mukasurat:12)

    Namun begitu, terdapat sebahagian pengikut Ibn Taimiyyah sehingga kini mengkafirkan atau merendah-rendahkan pihak lain yang tidak mengikut fahaman tauhid 3 serangkai mereka dan ini adalah suatu kesilapan besar.

    ReplyDelete
  4. zarch,

    Begitulah ragam pengikut. Ada yang melampau2 sampai mengkafirkan Ibn Taimiyyah atas perkara yang beliau sendiri tidak pasti.

    Memang ada golongan yang ekstrim. Baik disebelah sana, mahupun disebelah sini. Itu yang patut dijauhi.

    Saya masih belajar dan cuba mengambil yang sederhana insyaAllah.

    ReplyDelete