Sunday, June 05, 2011

Ulasan: SLAYER Undisputed Attitude

Bagi mereka yang masih meragui ke-punk-an Slayer, nampaknya album ini menjelaskan segala-galanya dengan sejelas-jelasnya. Sebuah album cover yang mana Slayer memainkan lagu-lagu dari band punk sahaja. Tidaklah Slayer pernah merilis album cover yang Metal. Dan ini menguatkan keyakinan mereka bahawa Slayer sememangnya band punk bertopengkan Metal dan ini akan diteruskan untuk album-album selepasnya. Tumbukan punk yang keras dicampur dengan keganasan kemas sonik Metal = kombinasi muzik ekstrim terbaik. Ini kemudiannya diaplikasikan oleh band Black Metal di kemudian hari bermula dengan album Darkthrone - The Cult Is Alive. Slayer seolah-olah memperbaiki dua genre tersebut: kelonggaran muzikal punk diperkemaskan sedangkan melodi Metal yang selalu meleweh, dipertajamkan. Mungkin untuk mengumpan peminat mereka yang Metal 100%, lagu original Gemini yang diselitkan bersama di dalam album ini memang 100% Metal bunyinya.

3 comments:

  1. Superb analysis abng ben..spot on
    love gemini very much

    ReplyDelete
  2. jeff dan kerry king memang peminat tegar muzik punk seblum bersama slayer. album ni seperti yang abang ben bagi tau jelas memberitahu siapa mereka!

    "I Hate You"

    ReplyDelete
  3. hahaha
    ala.. dave mustaine pon ada cover lagu punk..
    Anarchy in U.K-Sex Pistol
    Strange Ways - KISS

    ReplyDelete