Friday, June 03, 2011

Ulasan: MANOWAR Louder Than Hell

Ini mungkin album Manowar yang paling mudah dan tidak ada banyak pening seolah-olah mengimbas kembali Battle Hymns. Jika ada pun kompleksiti, ianya mungkin lagu Today Is Good Day To Die yang melangkau 9 minit panjangnya tetapi ini adalah lagu instrumental kurang pemberat jika ditimbang dengan lagu yang relatifnya panjang seperti Achilles, Agony and Ecstasy in Eight Parts (album Triumph of Steel). Disebalik kritikan itu, album ini masih lagi album Manowar dan lagu-lagu seperti Return Of The Warlord, Brothers Of Metal Pt 1, Courage dan The Power tetap mengasyikkan. Return Of The Warlord sebagai contoh adalah rock n roll tulen membodek penunggang Harley Davidson yang Metal sedangkan Brothers Of Metal adalah pembodek Mat Metal tanpa sembunyi, seperti kebiasaan Manowar sebelum-sebelum ini. Jika anda mempunyai CD cetakan Malaysia yang mempunyai tajuk Louder (kes self-censorship), maka ketahuilah bahawa CD tersebut bernilai tinggi di pasaran antarabangsa.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. aku masih simpan kaset versi "louder", beli tahun 96-97

    versi CD "louder than hell" dah letgo tp aku xkisah sbb CD tu versi asialink >:)

    ReplyDelete
  3. gua sangat suka dan enjoy dengan album ni. ada lagi number one yang jadi lagu background dalam kisah 'bersama selamanya' yang gua buat dulu.
    lagi satu yang best pasal ilustrasi cover yang dilukis oleh ken kelly. phew!

    "Time to burn you losers better learn.."

    ReplyDelete
  4. sama cam ijau, ada versi keset Louder, bernilaikah di pasaran antarabangsa keset itu?

    ReplyDelete