Setelah beberapa kali mengulangi dengar demo ini dan cuba memahaminya, saya gagal mencari sesuatu yang menyerlah di sini. Saya kira, rilisan demo boleh dimaafkan. Jadi tidak mengapa jika dikritik pada tempatnya yang betul. Pertamanya, kualiti demo ini dicetak di atas CD, seolah-olah master-tape berasal dari salinan mp3. Kedengaran bunyi cymbal yang bleeding. Saya tidak pasti samada pemain drumnya, Barnabaz benar-benar memainkan drum beliau kerana sound drum begitu sintetik. Atau jika beliau memainkannya, studio mana yang bisa membunyikan akustik drum seperti sintetik? Disebalik dari kelemahan produksi yang mungkin boleh dimaafkan, bentuk muzik yang dimainkan Immolate sekadar menambah yang telah memang ada dari Sarawak. Vokalnya bersuara kecil yang diteran - seakan-akan mahu mengikuti gaya Abbath (Immortal) tetapi tanpa efek, drum yang monotonous, riff gitar yang mengekori lenggok Black Death campuran Norway dan Amerika Selatan. Ya, ini pernah didengar, bahkan acapkali. Lirik yang dicetak gagal memberi kesan baik dari segi seni mahupun make sense. Saya fikir mereka harus fokus pada bahagian ini. Meletakkan istilah nusantara seperti Cleewon tetapi blabbering entah apa-apa sudah tentu tidak menaikkan reputasi band ini.
Maklumat terkini sila layari http://www.facebook.com/pages/eastern-voice-production/97443585588
dgr2 skrg bassistnya guna cort gene simmons' axe
ReplyDeletemuzik monotonous ntuk golongan the tr00 je..
ReplyDeletemeh...