Saturday, June 11, 2011

Touch down Part 1


Touch down!

Selepas Incheon International Airport, perjalanan diteruskan ke Atlanta International Airport. Penerbangan yang mengambil masa 13 jam. Sakit tulang punggung duduk. Dalam masa tu berjaya menghabiskan 3 buah filem dan satu dokumentari. Tidur dan bangun beberapa kali. Meals pun 2 kali.

Oleh kerana penerbangan menghala ke timur dan bertolak dari Incheon jam 10 pagi maka apabila sampai ke Atlanta, 13 jam kemudian, hari masih siang jam 11 pagi pada tarikh yang sama iaitu 9 Jun. Pelik kan?

Semasa dalam penerbangan tu, saya terfikir bagaimana dengan solat? Waktu mana yang perlu saya ikuti? Dalam keadaan yang mengelirukan itu, saya ambil juga wudhu. Pada satu tahap, saya terasa yang keadaan pada satu waktu itu ialah menghampiri waktu Fajr (tidak dapat diketahui waktu sebenar kerana semua tingkap ditutup) dan saya terfikir, Fajr lagi? Sedangkan saya sudah mengerjakan solat Fajr sebelum ini.

Atau jika saya membuat kira-kira berdasarkan kepada jumlah waktu perjalanan. Maksudnya, selepas 10am di Seoul, maka tambahan jam adalah berkadar dengan waktu Seoul. Tetapi ia bercanggah dengan waktu yang direntasi oleh kapalterbang yang kemungkinan pada waktu itu kembali ke waktu malam (waktu Isya).

Penyudahnya, saya mengambil keputusan yang solat Zuhur dan Asar saya akan dilakukan selepas touchdown di Atlanta. Saya kira ini adalah yang terbaik kerana selepas solat Fajr, sudah tentu turutannya ialah Zuhur dan Asar.

Mungkin saya perlu bertanya kepada Ustaz.

No comments:

Post a Comment