Sukacita (dukacita) dimaklumkan bahawa rumah sewa saya di Wyandotte Street, tidak mempunyai siaran TV. Set TV sudah ada tetapi saya diberitahu bahawa untuk mendapatkan siaran TV saya perlukan langganan cable TV yang berharga lebih kurang $30 sebulan. Saya telah menilik beberapa syarikat yang boleh memberikan servis ini.
Apabila bertanya kepada student postgrad di sini ada yang tiada TV pun dan kehidupan mereka biasa saja. Namun mereka mempunyai internet, yang dapat menggantikan TV sebagai hiburan di rumah. Kebanyakan mereka yang tinggal dekat dengan kawasan kampus dapat liputan wifi dari universiti secara percuma. Idea yang baik cuma saya tidak membawa laptop. Hendak dibeli?
Untuk beberapa hari ini saya membiarkan begitu saja, tanpa TV dan internet di rumah. Teman saya, buku Doctor In The House. Jumlah helaian bacaan ternyata bertambah dari dulu. Ikut progress harian, insyaAllah dalam beberapa hari boleh habis. Selepas itu saya perlu mencari buku yang sesuai di perpustakaan untuk dibaca. Buku memoir memang seronok dibaca tetapi perlulah seseorang yang memang kita hendak tahu memoirnya.
Atau mungkin buku sejarah? Saya agak curious dengan sejarah kerajaan Ottoman. Saya tahu memang banyak buku yang ditulis tentangnya. Cuma saya mahu berhati-hati supaya bahan bacaan itu tidak terlampau bias. Ada cadangan?
Mungkin jika ini berlarutan selama 3 bulan, baru saya akan mengerti keadaan beberapa sahabat di Malaysia yang memang tidak ada TV dan internet di rumah. Bukan kerana tidak mampu tetapi mereka mengambil keputusan tersebut atas beberapa sebab tersendiri.
p/s: Gambar? Harab bersabar. Kamera Sony telah dibeli dari Amazon.com dan akan sampai beberapa hari lagi.
bro kita puasa tv internet la?
ReplyDeletecoool. :D
smuga slamat brada d sana..
ReplyDeleteerr... post entry ni guna apa? lepak kat cybercafe?
ReplyDeleteinternet kat lab ni bros...
ReplyDelete