Friday, June 17, 2011

Khas untuk wife: Jalan kaki dari apartment ke makmal

 Pintu rumah

 Buka pintu terus nampak jalan. Boleh tahan sibuk jalan ni.

 Pintu rumah dari luar.

 Mula berjalan menyusuri Wyandotte Street. Perhatikan cerun yang curam.

 Jalan turun bukit lagi.

 Apartment disepanjang jalan.

 Lagi jalan.

 OK, selepas jalan 3 minit turun, pusing kanan ke Summit Drive.

 Menyusuri Summit Drive.

 Menara bangunan Lehigh University sudah kelihatan.

 Seberang sana adalah kawasan kampus Lehigh University. Kalau ada signage crossing atau stop, SEMUA kenderaan akan berhenti samada ADA atau TIADA orang yang melintas. Yang kelakarnya, katalah ada 5 kereta yang berhenti, maka selepas kereta paling depan jalan, kereta dibelakangnya akan berhenti pada lintasan, kemudian jalan diikuti kereta yang dibelakangya. Maksudnya, setiap kereta yang lima itu kena berhenti-jalan-berhenti-jalan.

 Rumput yang menggeramkan hati. Rasa nak berguling di atasnya.

 Tupai di sini berbeza dengan di Malaysia kerana rajin turun ke tanah mencari makanan. Dapat difahami perasaan tupai ini kerana hendak melompat dari pokok ke pokok, antara satu dengan yang lain tidak rapat-rapat macam di Malaysia. Tapi spesis di sini saiznya mungkin 1.5 lebih besar dari yang ada di Malaysia.

 Lagi sekor.

 Menghala ke makmal.

Inilah makmalnya. Tetapi ini bukan ofis utama. Yang utama nanti akan dilaporkan di masa hadapan.

Perjalanan dari apartment ke Fritz Laboratory mengambil masa lebih kurang 15-20 minit jalan kaki sejauh 1km. Oleh kerana itu adalah dijangkakan dalam masa 3 bulan, berat badan akan turun.

16 comments:

  1. gambar yg ada tanda yg tulis "yield to peds in crosswalk".

    Ada juga territory dari DRI ye...?

    ReplyDelete
  2. cuba snap gmbr toopai tu pd jarak dekat :) mesti cumel kan?

    ReplyDelete
  3. bagus2...jeles pun ada...tak sabar tunggu 3 bulan nak tgk hasil.
    mcm ni sy kena tiap2 hari pi aerobik hehehe...

    ReplyDelete
  4. Nak bagi kurus lagi, minta Suzi pesankan pingan mangkuk Corelle, Noritake, dan segala macam yang ada kat US tu. Beli setiap minggu.Confirm kuruih.

    ReplyDelete
  5. takkan gambo tupai je yob .. gambo gadis² takde ke ? ekekekek

    ReplyDelete
  6. notice yang pic rumah tu langsung takde orang lalu lalang macam hang.. teruskan berjalan dan bergambar..

    ReplyDelete
  7. bagus mcm ni abe ben!baru la bole save up byk.tanak bli fixie bike ke?hehe

    ReplyDelete
  8. macam cerita omputeh kat tv la street scene dia

    ReplyDelete
  9. Banyak gambar. I like! :)

    ReplyDelete
  10. faiz,

    kalau signage DRI orang kena lari haha

    -----------
    ijau,

    kena tunggu orang takde. Nanti kena chop tak pernah nengok tupai.

    -----------
    Sayang,

    Only this... I MISS U!

    ------------
    Fakirfikir,

    ko ni saje je... dia dah lupa dah. Syhh diam diam...

    ------------
    unclefly,

    sila PM hahaha...

    ------------
    maZmi,

    kat sini aku jadi fakir.

    ------------
    Nizam,

    Kejap rasa nak beli kejap rasa tak nak.

    --------------
    deaf,

    Memang.

    -------------
    Saudagar Mimpi,

    Thanks.

    ReplyDelete
  11. best..layan.. dr. ben..klu ada ternampak scene bmx sana..petik2 ler gambor yer

    ReplyDelete
  12. cantik scenery kt sana....teringin jgk pgi US..

    ReplyDelete
  13. Salam. Kedai cat sana jual dua kaler je ke. Putih dan kelabu. Kalau aku bukak kedai cat bolehjadi billionaire ni. Ni kalau nak carik rumah org mampos ni "datanglah rumah I, rumah kaler putih tu yer" Demm.
    Apa2 pon aku sokong Uncle fly. Gadis2 nyer mana. Gadis2 kat sane kaler putih dan kelabu jugak ke?
    Have fun Bro. Bini jauh...yesss!

    ReplyDelete
  14. matakucing,

    takat ni nampak sekali BMX. Yang banyak Harley Davidson.

    -----------
    municipal waste,

    apa lagi mai la!

    -----------
    mangkuk statik,

    bagi la tips sikit nak ayat blondes.

    ReplyDelete
  15. cmne pronounce uni tu.. 'Lehig' atau Lihai....hehehe

    Bandarnye sunyi gile..mangsa 'export' industri US ke luar negara yek?

    ReplyDelete
  16. Hijjaz,

    Lihai sebetulnya.

    US ni negara ganas ekonomi. Semuanya ekonomi. Tak boleh survive, nasib hang (kecuali beberapa individu - sila tonton rencana Capitalism)

    ReplyDelete