Tuesday, June 28, 2011
Clam chowder
First time dengar clam chowder ni beberapa minggu sebelum sampai di Bethlehem. Seorang sahabat masjid beria-ia benar menyuruh saya mencubanya apabila sampai di US. Lazat katanya.
Sebenarnya saya telah lupa. Tatkala sedang menilik makanan dalam tin di sebuah grocery store barulah terpandang akannya. Terus saya belek kandungannya. Semua halal dimakan insyaAllah. Tanpa membuang masa saya mengambil dua tin, satu Manhattan Clam Chowder dan satu lagi New Englan Clam Chowder (gambar). Apakah yang menyebabkan ianya sedap?
Saya sangkakan ianya adalah sejenis sup (definisi Melayu). Rupanya tidak. Mungkin sup dalam definisi mat saleh. Ianya pekat dan berketul-ketul. Masaknya mudah. Keluarkan dari tin, letak atas kuali dan panaskan.
Cara makan? Saya tak pasti. Mungkin boleh makan begitu saja. Tetapi saya cecah dengan roti buku.
Rasanya? Sedap juga (ikut lidah dan tekak saya). Ketulan kentang yang sedap dikunyah dan rasa kerang (atau lala atau kepah?) yang memberikan rasa seafood. Sedikit hanyir tetapi dibaluti dengan rasa lemak dan krim. Dan mengenyangkan. Saya sudah jumpa alternatif baru untuk mengisi perut yang lapar jika malas untuk memasak lauk melayu. Cukup sekadar setin clam chowder dan beberapa keping roti.
Jika dilihat link wikipedia di atas, ternyata terdapat pelbagai variasi clam chowder. Saya telah merasa dua darinya. InsyaAllah akan dicari selebihnya.
Tunggu ulasan KRENMAUT selanjutnya.
post kan setin abg ben pls!hehe
ReplyDeletehabis ke makan setin tu??
ReplyDeletemcm sedap je doc, bleh bawak setin dua untuk sy nanti. hahahaha.
ReplyDeletecampbell's ? memang enak dimakan bersama roti, cukup untuk alas perut dan jimat
ReplyDeleteNizam,
ReplyDeleteEntah2 ada kat Jusco.
------------
Nerzhul,
dua kali makan.
-------------
zoe,
kita buat time coffee break?
-------------
in transit,
betul!
*terliur, sambil menjilat screen
ReplyDeleteBang Kamal,bukan terliur sambil menjilat tali gitar?
ReplyDeletebarulah hendrix!
yg gua tau chowder dlm cartoon network tu aje..
ReplyDeleteokayh doc! tada hal la! asal dapat rase
ReplyDeletenanti pi carilah kat tesco,jusco,giant,carrefour.hehe
ReplyDeleteeh, bukan kena tambah air ke? 1 tin soup mix + 1 tin air + bring to boil while stirring = campbell soup.
ReplyDeleterasanya ada dijual di jaya groceries di empire subang
ReplyDelete