Wednesday, May 25, 2011
Ulasan: SODOM Obssessed By Cruelty
Kelemahan album ini adalah ia bercelaru dan tidak mengandungi lagu yang benar-benar melekat di kepala. Mungkin disebabkan oleh produksi yang tidak sesuai, menyebabkan bunyi gitar yang penting untuk melodi bunyinya terkebelakang dalam mixing. Sekiranya tidak ada melodi yang perlahan rentak drumnya, sukar bagi kita menangkap butiran riff gitarnya. Ini diakui oleh Sodom sendiri, bukan melalui lafaz tetapi melalui perbuatan; yakni, dalam album-album live Sodom, selepas Mortal Way Of Live, tiada satu lagu pun dari album ini yang dimainkan. Alasan yang sebenarnya mungkin ada acuan keseluruhan album ini, tidak menggambarkan apa yang mahu ditunjukkan oleh Sodom sebagai sebuah band Thrash Metal versi Eropah (ini akan dibuktikan dengan album selepasnya Persecution Mania). Sekali dengar, dapat didengar kesamaan rencah muzik album ini seperti album Kreator yang dirilis setahun sebelumnya, Endless Pain, cuma sedikit laju dari album Sodom ini. Disebalik itu, kejayaan album ini hanya dinatijahkan beberapa tahun selepasnya di negara Norway apabila beberapa makhluk di situ menjadikan album ini sebagai idola besar. Lagu Deathlike Silence dijadikan nama syarikat rakaman ekstrim di sana dan album ini diangkat sebagai album yang betul-betul mendeskripsikan Black Metal yang sebenarnya.
huhuh, ni dah betul2 pengkritik lagu! bravo. tapi doc, kenape semua cover album mesti gambar menakutkan. metal betul!
ReplyDeleteMetal kena ganas. Kalau macam Justin Bieber tentunya tak dikatakan Metal.
ReplyDeletehai abg Ben...
ReplyDeletesecara kebetulan pagi ini baru saja saya teringat tentang album ini...yang kali terakhir saya dengar pada tahun 1992...
time itu saya mmg tidak suka langsung album ini...sbb strukturnya susah untuk diterima...tapi saya nak dengar balik jugak sebab ada komparison dengn endless painalbum fav kreator...
tertawa saya baca tentang mahluk mahluk yang kebetulan saya baca di internet semalam...
http://askearache.blogspot.com/2006/06/burzum-signs-with-earache.html
http://www.fmp666.com/magazine/magazine.html
wa suka lu guna term makhluk tu.. hehe..
ReplyDelete