Album pertama bersama Giant Records, label yang lebih besar dari Earache dan kesannya, album ini terjual paling sejarah Morbid Angel (500,000 unit seluruh dunia) yang tidak terkejar sampai sekarang. Ini menunjukkan kesan label komersil berbanding dengan label yang lebih kecil kerana apabila dibandingkan dengan mutu album ini dengan yang dua sebelumnya, memang tidak terlawan. Mereka seperti tersekat antara dua album sebelumnya; samada mau terus laju seperti Altars Of Madness atau menjadi epik seperti Blessed Are The Sick. Oleh sebab itu lebih kurang separuh menyendeng kepada album pertama dan separuh lagi pada album yang kedua. Produksi lebih bagus namun mungkin ada sedikit hambar disebabkan sound yang terlampau balance, menghilangkan sentuhan organik hasil kerja dari Flemming Rasmussen (juga produser album Metallica – Master of Puppets). Rapture, Lion’s Den dan Angel Of Disease (dari demo Abominations Of Desolation) adalah highlight untuk album ini.
lagu paling berhantu bagi aku....God Of Emptiness!
ReplyDelete