Masalah dengan album Awake (walaupun jualan laku secara komparatif) ialah, Dream Theater tidak berpuashati dengan mood album tersebut yang agak kelam. Sudah tentu Dream Theater mahukan yang lebih baik namun nasib tidak menyebelahi mereka yang mana syarikat rakaman pula memberi tekanan supaya Dream Theater dapat merilis sesuatu yang berjaya dan laku seperti album pertama. Cadangan untuk merilis double-album dibakulsampahkan oleh syarikat rakaman. Lebih dari itu, syarikat rakaman membayar produser rock-komersil tersohor, Desmond Child untuk menggayakan hala tuju Dream Theater ikut acuan yang dikehendaki. Seolah-olah ini adalah zaman gelap bagi Dream Theater nampaknya. Walaupun begitu, saya tidak berpandangan begitu kerana hasilnya adalah fantastic! Terutamanya bagi mereka yang cuba masuk dengan Dream Theater tapi tak dapat disebabkan fantasticnya permainan muzik mereka yang kompleks, ini adalah peluangnya. Sebagai contoh, lagu You Not Me adalah sangat radio-friendly tanpa menghilangkan cop mohor Dream Theater (yang selepas ini –setiap album Dream Theater mempunyai lagu sebegini). Begitu juga lagu balada Hollow Year, Anna Lee dan Take Away My Pain. Tanpa meminggirkan die-hard, lagu super kompleks dan epik seperti Lines in The Sand, Peruvian Skies dan Trial of Tears tetap disajikan. Ini adalah album yang akan saya syorkan kepada mereka yang tidak biasa dengan muzik progresif Metal dan mahu berjinak-jinak dengannya.
setuju...ni la satu2nya album dorang yang paling senang aku nak hadam.
ReplyDeleteAlbum yang complicated. lagu Peruvian Skies antara yang melekat dalam minda saya sehingga kini. Album hasil peninggalan abang saya kepada saya. Huhu.
ReplyDeletesuperb!ballad hollow years mmg mencengkam perasan...
ReplyDeletealbum yg ada banyak lagu yg "jamm session-friendly sbb lagunya agak mudah untuk dimainkan. peruvian skies antara yg popular.haha
ReplyDelete