Bukan album sebenarnya tetapi album mini yang agak mengelirukan jika diukur dengan masa sebenar mini album ini yang menghampiri sejam. Ia dianggap mini album semata-mata kerana selain dari lagu A Change of Seasons (ACoS) yang sepanjang 23 minit, lagu-lagu lain adalah lagu cover. Oleh sebab itu, saya meletakkan ini sebagai album penuh. Produser album ini, David Prater (bersama Dream Theater) memilih sound yang nipis, dengan separation sound yang agak kemas. Drum Portnoy, terutama di bahagian snare bunyinya kurang bassy ditambah sound gitar bass John Myung yang dibelakangkan dari biasa menyebabkan keseluruhan album ini kurang heavy. Mungkin ada yang tidak menyukai produksi album ini tetapi saya dapat merasai kelainan produksi ini lantas dapat menghargainya. Lagu-lagu cover, bukanlah dari playlist yang biasa didengar oleh Mat Metal. Apapun, disebalik kekurangan yang dinyatakan (yang subjektif), jika kerana lagu ACoS saja sudah cukup menjadi sebab untuk meletakkan album ini antara yang terbaik oleh Dream Theater. Ia dibahagi kepada 7 bahagian yang merangkumi hampir kesemua spektrum emosi muzik – kesedihan, kegembiraan, bisikan hati dan sebagainya, dan yang paling penting, epik. Jika saya perlu memberi penjelasan tentang muzik Dream Theater dalam satu lagu, tidak syak lagi saya akan memberikan lagu ACoS ini. Oh ya, album ini menampilkan buat pertama kali, Derek Sherinian yang menggantikan keyboardist status kult, Kevin Moore.
album ni memang best tapi kenapa tak diraikan..
ReplyDelete