Tuesday, May 03, 2011

Anekdot Dialog #2: Qias yang salah.

Qays:Ayah, kenapa babi Haram dimakan.

Abu Qays: Sebab Allah larang kita makan.

Qays: Bolehkah saya katakan Allah larang makan Babi kerana dia makan benda kotor dan hidup ditempat yang kotor.

Abu Qays: Apakah kamu setuju?

Qays: Jika dari sudut logiknya, ada kaitan.

Abu Qays: Wahai anakku, jika suatu hari nanti, babi dibela dalam rumah berhawa dingin dan diberi makanan yang baik-baik, adakah mengikut logik kamu babi boleh di makan.

Qays: bagaimanakan kita nak tahu sesuatu itu boleh diqiaskan atau tidak ayahku.

Abu Qays: Apa yang telah jelas didalam Al Qur'an tidak perlu qias didalamnya. Contoh perintah bersuci, dah jelas tak perlu diqiaskan lagi perlunya bersuci kerana itu dan ini. Untuk seorang bersolat kita kena berwudhu, boleh kah kita qias kita berwudhu kerana kita kotor. Jika kita setuju yang kita wudhu kerana kotor logiknya kita bukan berwudhu, tetapi kita perlu beristinja' setiap kali solat...



oleh AbuQays (al-fikrah.net)

6 comments:

  1. Segala yang diperintahkan Allah wajab dijawab seperti di atas. Contohnya.. kenapa perlu menutup aurat... kenapa arak tidak boleh minum.. itu dan ini, yang jawapan seterusnya adalah 'hikmah' dari larangan itu...

    ReplyDelete
  2. dari apa yg kupelajari,

    pegang babi tidak salah, yang salah hanya memakan dagingnya

    pegang anjing juga tidak salah, yang salah hanya jilatan airliurnya

    ReplyDelete
  3. itulah agama ciptaan Allah swt berbanding idea manusia...

    ReplyDelete
  4. faham sekali. jika sudah jelas dalam quran, usaha camne pun, tetap takleh. dadah itu haram, jika dadah untuk ubat, dibolehkan, kerana tiada larangan jelas untuk dadah kecuali larangan kepada benda2 yang memabukkan.

    ReplyDelete
  5. khinzir, dijaga bersih sekali pun, ia tetap kotor kerana itu memang mereka, gen warisan turun menurun.. anggap saja camni, tahik itu kotor, kau cuci camne pun, ia tetap najis..

    ReplyDelete
  6. ..salah satu tanda yang kita akur dan taat ialah dengan tidak menyoal apa saja suruhanNya...contohnya tidak perlu dijawab mengapa adanya rukuk,sujud dll dalam solat...

    ReplyDelete