Aku, Ismail dan Iman dalam kenderaan, nak maghrib di Masjid Tronoh.
Ismail sebagai seorang yang banyak benda yang nak dicakapkan, bertanya:
"Bapak... when you take wudhu at home... and then you walk...and... and..." dia dah tak ingat isi satu hadith yang kami dengar semasa sesi taklim malam semalam lepas Isya'. Walaupun dia dan adik beradik yang lain nampak macam buat donno je bila aku baca beberapa hadith kuat-kuat untuk pendengaran semua.
Aku sambung.
"When you take wudhu properly, then you go to the masjid to solat... each step you get one pahala, the same step you eliminate one dosa and the same step your level is upgraded in Paradise", dengan telo Bota Kanan.
Dia mula hentak-hentak kaki kat dalam kereta. Mula-mula aku tak paham, kemudian aku senyum dan paham. Korang paham?
Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).
Risau gamaknya sebab dia tak berjalan, tapi naik kereta, takut tak dapat melangkah... hehehe
ReplyDeleteingatkan hentak kaki pasal lu pasang lagu tornardo of souls dlm keta.. hehe..
ReplyDeleteaku suka post ni..
ReplyDeletekadang2 aku pun kagum, ingat tak dengar, ingat time khutbah main main khayal khayal kat blakang.
tapi aku yang kena sound lepas smayang pasal content khutbah.