Memandu pulang ke Tronoh selepas separuh hari memenatkan diri di Ipoh. Di belakang, anak-anak sudah senyap. Letih mungkin. Lagu Maher Zain berkumandang.
"Dr. Ibrisam Akbar...", aku memulakan bicara. Isteri masih memandang ke depan.
"Ir. Dr. Ibrisam Akbar...", selepas beberapa ketika aku menguatkan sedikit suara. Isteri mula memberi perhatian.
"Professor Madya Ir. Dr. Ibrisam Akbar...", aku menyambung. Isteriku mula tersenyum-senyum. Tak pasti senyum suka atau senyum menyindir. Aku memandu jadi tidak boleh memerhati raut wajah isteriku betul-betul.
"Professor Ir. Dr. Ibrisam Akbar!!!" suaraku bertambah keras sambil sebelah tangan menggenggam penumbuk. Nyaris tidak aku halakan ke atas. Kalau tidak, berbekas atap kereta. Aku mula mendengar ketawa isteriku.
"Datuk Professor Ir. Dr. Ibrisam Akbar!!!" kataku semakin bersemangat. Ketawa isteriku semakin kuat. Anak-anak yang dibelakang mula resah. Faham tak faham, aku tak pasti.
"Tan Sri Professor Ir. Dr. Ibrisam Akbar!!!" Sehabis kuat aku mengucapkannya. Ketawa isteriku semakin kuat. Anak-anak bermata buntang kesemuanya - takut atau pelik?
Aku senyap. Memberi peluang kepada mereka untuk mengambil nafas.
'
'
'
"ALLAHYARHAM Ibrisam Akbar!!!"
Ending yang sebenarnya.
tu laaa.. yg bawa masuk kubur, iman amal je bro..
ReplyDeletepangkat nama semua sementara je....
ReplyDeleteBintang Rock mati muda
ReplyDelete"Tan Sri Professor Ir. Dr. Batara Guru Masirbi Rabka" baru betul..
ReplyDeleteMasa tu, hang punya rubber stamp mesti sekaki panjang. Hang kena cari stamp pad yg besor. Nak sain pun hang kena pakai kertas A4 landscape orientation..:)
komen kat atas ni kalau ada butang LIKE mcm facebook, mmg dah lama aku klik :D
ReplyDeleteAduusss,.
ReplyDeletePukul dalam tuu bro.
hidup ini ialah untuk mati, mati nanti adalah untuk hidup yang abadi.
ReplyDeleteHalil,
ReplyDeleteI like that...
Hafiz (D.O.S)... kain kapan kena panjang gak ke?
ReplyDeletekain kapan tak payah panjang, tapi kena rambu2 gitu.. jgn guna kain batik dah la, tu mazhab p.ramlee.. hehe
ReplyDeleteAbg Ben,
ReplyDeletemutiara kata yg aku cipta sendiri...
https://www.facebook.com/event.php?eid=198594230155055&ref=ts
ReplyDelete