Tuesday, April 12, 2011

La Tahdzan 91: Segala yang ada di Dunia tidaklah Berharga



لا تحزنْ للتوافِهِ فإنّ الدنيا بأسْرها تافهةٌ

La Tahdzan 91: Segala yang ada di Dunia tidaklah berharga

رُمي أحدُ الصالحين الكبارُ بين براثِنِ الأسدِ ، فأنجاه اللهُ منه ، فقالوا له : فيم كنت تفكِّر ؟ قال : أفكِّر في لعابِ الأسدِ ، هلْ هو طاهرٌ أم لا !! . وماذا قال العلماءُ فيهِ

Ada suatu ketika seorang yg soleh dilepaskan di kawanan singa. Namun kemudian Allah menyelamatkan. Orang-orang pun bertanya kepadanya,"Apa yg tuan fikirkan saat itu (di datangi singa-singa kepadanya)?" Orang soleh itu menjawab,"Aku cuma memikirkan tentang air liur singa, apakah ia suci atau tidak; serta apa pendapat ulama' dalam masalah ini."

syarah: Dr. al-Qarni tidak menjelaskan siapa org soleh itu. kemungkinan besar dia adalah Sa`eed bin Jubair. Betapa hebatnya dia, di saat dia berdepan dengan maut, dia tidak memikirkan itu semua...mindanya cuma fokus kepada masalah furu' agama sahaja.

sebuah sya`ir:

ولقد ذكرتُ الله ساعة خوفِهِ للباسلين مع القنا الخطَّارِ
فنسيتُ كلَّ لذائذٍ جيَّاشةٍ يوم الوغى للواحدِ القهارِ


aku mengingati Allah saat merasa khuatir
akan ancaman pencerca dgn tombak terhunus

aku pun menjadi tidak menikmati
setiap keindahan dunia yg menggiurkan
saat merenungi hari yg gawat
di mana setiap orang akan mengadap Tuhan
Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa


Oleh thtl untuk al-fikrah.net

No comments:

Post a Comment