Thursday, April 07, 2011

Buku: Biar Orang Cina Pimpin Islam

ISBN 978-967-361-015-0
Tarikh Terbit: April 2011
Jumlah Muka Surat: 130
Harga: RM15.00 / RM18.00


___Sinopsis_________________________________________________


Bagi kebanyakan orang Melayu, Islam dianggap sebagai milik dan hak ekslusif mereka. Walaupun kita acapkali mendengar ramai yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang bersifat sejagat tetapi pada hakikatnya ia tidak begitu. Di kalangan orang Melayu, mereka masih tidak dapat menerima kehadiran golongan Cina Muslim, India Muslim dan Orang Asli yang beragama Islam.

Bagi orang Melayu, masuk Islam adalah sama dengan masuk Melayu.Sesiapa yang memeluk Islam perlu menukar identitinya kepada Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu, berpakaian seperti Melayu, bercakap Melayu dan berkahwin dengan orang Melayu.

Sukar untuk mereka menerima seorang muslim yang masih mengekalkan identiti dan mengamalkan budaya serta tradisi yang diwarisi sejak kecil lagi. Padahal, perkara-perkara yang disebutkan. Biar Orang CinaPimpin Islam itu boleh diterima oleh Islam asalkan ia tidak bercanggah dengan akidah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga daripada segi pemakanan, selagi mana ia halal dan toyyiban, maka tidak menjadi masalah untuk kita memakan apa sahaja jenis masakansama ada masakan Cina, India, Arab, Afrika dan sebagainya.

Ann Wan Seng adalah anak kelahiran Klang, Selangor. Seorang aktivis sosial, pendakwah, penceramah dan motivator. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kehormat, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Beliau banyak menyumbang artikel untuk terbitan majalah dan akhbar tempatan selain menulis buku. Sehingga kini sebanyak 40 buku tulisannya diterbitkan di bawah pelbagai syarikat penerbitan di Malaysia dan Indonesia.

-----------------

Masuk dalam senarai wishlist...

12 comments:

  1. orang India dah lkama pimpin dakwah Islam,
    orang "Bangladesh" dah ada jadi PM melayu Islam,hehe

    ReplyDelete
  2. wahh mcm best je buku ni sir.. huhuh..

    ReplyDelete
  3. Memang orang cina pimpin Islam... tapi di negara China la.... kat sini biarlah orang melayu... sebab negara ini melayu punya...cina pendatang je.... baru masuk Islam dah sebok nak pimpin orang.... betul ke lagu tu?

    ReplyDelete
  4. bro bionicles,

    kadang2 yang baru masuk islam tu lebih hebat dari kita. Ini realiti. Allah tak memilih bangsa untuk dipandang tinggi, tapi IMAN hama2-Nya

    ReplyDelete
  5. speed,

    bionicles ni true Malay.

    ReplyDelete
  6. couldn't agree more bro speed....

    ReplyDelete
  7. Anonymous5:08 AM

    alang2 baik angkat ann wan seng ni jadi sultan/agong terus pasal sultan/agong kan ketua agama islam di malaysia?

    ReplyDelete
  8. bionicles = zombie ni orang yang sama.

    Bab Melayu ni dia ultra sensitif.

    ReplyDelete
  9. Anonymous8:35 AM

    sorry.. terloggin id lain.. pasal byk bukak akaun adsense.. :)

    sapa lagi nak sensitif bab melayu kalau bukan melayu sendiri ye dak?

    Jika cina beriman nak pimpin orang Islam,

    Tak ada masalah.

    Sultan Salahuddin Al-Ayubi pun orang Kurdi... dapat memimpin bangsa Arab sampai pembebasan Jerusalem.

    Kita seharusnya berlapang dada sesama muslim.

    Asal kualiti kepimpinan mereka diakui.

    Pasti ada cara penilaiannya.

    Cuma kalo mereka tak layak, bagi la pada orang melayu je. :)

    ReplyDelete
  10. Anonymous8:47 AM

    Tambah sikit lagi, bangsa melayu adalah bangsa yang paling tinggi toleransinya di dunia ini. Lihat sajak Melayu oleh Almarhum Usman Awang, bagaimana tafsiran melayu digunakan? asal sahaja dikeratkan anunya itu... orang itu dikira melayu.

    Melayu tidak pernah menentang orang cina untuk mengekalkan budaya bangsa mereka, waima memeluk Islam. jika sekiranya betul apa ann wan seng cakap kalau nak peluk islam kena jadi melayu dulu dan buang semua budaya cina, sudah tentu persatuan muslim cina yang dipengerusikan beliau sudah lama diharamkan oleh kerajaan.. cuma menurut perlembagaan jika seseorang itu ingin berstatuskan melayu beliau itu WAJIB islam..

    Tetapi juga kaum lain beranggapan bahawa mereka lebih dominan dari melayu dan berhajat memimpin Islam di Malaysia, kita katakan kepada mereka...

    PIIIIRAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

    p/s:- apapun salute pada ann wan seng kerana walaupun sudah memeluk islam.. beliau sangat berbangga dengan bangsa beliau iaitu cina.. sehingga nakkan bangsa beliau lead islam di malaysia yg majoritinya melayu lagi.. bukannya seperti segelintir melayu yang tak mengaku melayu dan perasan pak arab.. kalau tak ngaku arab bagi mereka tak islamik.. hehe

    ReplyDelete
  11. Menarik. Hopefully takde fakta macam "Pink Metal" yang pernah ditulis olehnya dalam buku Rahsia Black Metal. Hehe.

    ReplyDelete
  12. susah nak hilangkan sifat asabiyah nih..

    ReplyDelete