Di dalam bengkel ini, peserta akan didedahkan mengenai perubahan emosi dan fizikal serta kesihatan reproduktif mereka, tanggungjawab agama sesudah baligh, dan mengenai perhubungan di antara lelaki-perempuan berlandaskan syariat.
Di dalam masyarakat kita topik-topik tersebut masih lagi jarang dibincangkan di antara anak dan ibubapa, oleh itu, kami turut menggalakkan ibu bapa menyertai bengkel ini bersama-sama anak mereka dengan harapan selepas menghadiri bengkel ini, kedua-dua pihak tidak kekok membincangkan topik-topik tersebut bersama.
Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel ini, sila hubungi 03-4256 6810, atau e-mel ke khalifahproject @ yahoo.com.
Anda juga boleh lawati event page Bengkel Aqil Baligh Lelaki FACEBOOK dan Bengkel Aqil Baligh Perempuan FACEBOOK.
BENGKEL LELAKI
Penceramah:
- Dr. Kamarul Azahar Mohd Razali (Pakar Runding Kanan Pediatrik & Penyakit Berjangkit, Institut Paediatrik, Hospital Kuala Lumpur)
- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam Training & Consultancy)
- Saudara Muhammad Qayyum Abdul Raof (Trainer, Khalifah Institute)
BENGKEL PEREMPUAN
Penceramah:
- Dr. Ariza Mohamad (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Ampang Puteri; Penulis buku “Ibu Dibelai Anak Dibuai”)
- Dr. Alini Marzuki (Konsultan dan Trainer, Khalifah Institute)
- Pn Hanani Saman (Pengasas Tadika Dzul Iman, Trainer Khalifah Institute)
YURAN
RM100.00 seorang (anak)
RM80.00 seorang (ibu/bapa)
Harap dapat berjumpa anda pada 24 April ini!
saifulislam.com/9581
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletegambar budak yg kepit fail tu ko ke?
ReplyDeletelast year aku gi kedai carik buku specific pasal umur masuk baligh ni, susah nak jumpa sey...
ReplyDeleteazhar,
ReplyDeletecis!
---------
deaf-angel,
kalau jumpa bagitau ye.