Tuesday, January 25, 2011
Ulasan: HEATHEN Breaking The Silence CD
Pertama kali terserempak dengan Heathen adalah ketika saya bersekolah rendah. Album Breaking The Silence dalam bentuk rekod. Seperti kebanyakan peminat muzik Metal ketika itu, logo dan kulit muka depan memainkan peranan penting untuk menarik perhatian. Kesimpulan mudah ialah apabila logo dan kulit muka depan cantik (mengerikan, ganas, macho), maka sedaplah isi kandungannya.
Apabila dicari dalam bentuk kaset, tiada terjumpa. Mungkin syarikat lanun ketika itu terlepas pandang. Atau saya yang terlepas pandang. Yang nyata, logo dan kulit muka depan album ini memang menarik perhatian saya. Walaupun simple namun ada sesuatu yang menarik. Saya rasa keadaan orang yang menutup telinga berserta dengan suasana futuristik itu yang menggambit perhatian.
Heathen berasal dari lubuk Thrash Metal, iaitu di Bay Area, San Francisco USA. Walaupun agak lewat permulaannya (mulanya menghampiri kemuncak riwayat Thrash Metal global) tetapi tidak bermakna rilisan album pertama ini adalah rilisan sekunder. Sebaliknya, bolehlah ia dikatakan sebagai album yang menambahkan perisa yang sudah ada di Bay Area.
Vokalnya lebih melodik dengan riff gitar yang menepati citarasa peminat Thrash Metal ketika itu - ada perisa Exodus, Testament dan Metallica pada beberapa tempat. Ditambah dengan solo gitar virtuoso dari kedua-dua gitarisnya Lee Altus (sekarang bersama Exodus) dan Doug Piercy. Susunan lagunya juga agak kompleks dari kebanyakan band Thrash Metal ketika itu, menjadikan ini satu rilisan yang agak menonjol. Malah, ketika album ini dirilis, memang ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun oleh kerana zaman hampir berakhir, selepas album kedua Victims Of Deception, mereka berkubur.
Rilisan kembali ini mengembalikan senario lebih dua puluh tahun lalu berkadar dengan sambutan revival Thrash Metal yang merebak ketika ini. Juga memberi peluang kepada orang seperti saya, yang meleleh air liur ketika ianya dirilis tetapi tidak berkesempatan untuk memilikinya ketika itu. Download mp3 tak masuk dalam korum ye.
Cuma komplen saya yang biasa pada rilisan kembali ialah mengapa tidak dimasukkan sekali komentari dari ahli band atau jurnalis untuk imbasan kembali?
Reissued in 1999 and 2008 by Century Media with four additional bonus tracks
from the Pray for Death demo:
10. Pray for Death [5:23]
11. Goblin's Blade [4:30]
12. Open the Grave [7:21]
13. Heathen [6:57]
1. Death by Hanging 05:04
2. Goblin's Blade 04:34
3. Open the Grave 07:22
4. Pray for Death 03:42
5. Set Me Free (Sweet cover) 03:46
6. Breaking the Silence 05:51
7. World's End 07:05
8. Save the Skull 05:22
Total playing time 42:46
Intro lagu Death by hanging ada persamaan dgn intro lagu Hit the light Metallica .. ehehehhe
ReplyDeleteyg lagu breaking the silence tu plak ada unsur unsur lagu dlm album exodus-bonded by blood
ReplyDeleteni lama ni... lama giler ni..
ReplyDeleteaku ingat dulu sampai bukak dictionary carik makna Heathen
ya, ada banyak band thrash/metal yang tak kurang hebat tapi tak berapa benasib baik dalam besaing seperti heathen
ReplyDeleteantara band lain - mortal sin, rigor mortis,whiplash, vio-lence,toxic, holy moses, agent steel,sanctuary, anvil,armored saint,autograph,
slave rider,angel witch, angel dust, crimson glory,exciter,
onslaught,razor,intruder blablablaa...