Wednesday, January 12, 2011
ULASAN: ANAAL BEEHEMOTH The Forest Paranoid CD
Muzik parody boleh menjana jutaan ringgit. Lihat saja "Weird" Al Yankovic yang memparodikan lagu-lagu Michael Jackson dengan jayanya. Tetapi apabila ada yang memparodi band Black Metal, bukan jutaan dollar yang diharapkan, tetapi menyindir sesetengah golongan ini yang selalunya melampau dari semua segi walhal mee goreng mamak itu jugalah yang menjadi idaman mereka (bukan minum darah kambing). Mungkin itulah matlamat duo dari Finland ini yang menamakan diri mereka sebagai Deathly Fightar dan Crazy Bomber. Muziknya tidaklah cincai tetapi vokalnya selalu saja di'kelakar'kan. Jika cover album ini ialah foto hitam putih pepohon di hutan Norway, agak sukar untuk menyedari parodi ini (kecuali vokal) kerana memang kadang-kadang begitulah tahap muzik Black Metal yang dimainkan kebanyakan band - terlebih lagi apabila Darkthrone telah mempelopori Black Metal dengan sentuhan punk yang meleweh.
No comments:
Post a Comment