Tuesday, January 18, 2011

Komentari mat metal Muslim

Tengok band yang main tu sendiri dah nampak yang benchmark kau letak pada diri kau (dan kau percaya semua orang yang hadir tu pakai benchmark yang kau fikir tu) tak valid. Iman sampai boleh kutuk agama sendiri atas alasan hiburan?

Ia akan membuka ruang...

"Aisey... dia boleh takkan aku tak boleh?"

"Kalau nak jadi band yang maju dan disanjung oleh segenap komuniti Metal, maka agama sendiri boleh ditolak tepi - bukti dah ada. Mana ada band setinggi band itu?"

"Apa ada hal... yang beragama itu sendiri tak kisah agamanya dikutuk - siap disorak gembira lagi"

Bermula dengan satu kemudian akan bercambah makin banyak.

Katalah penyanyi macam Justin Bieber atau Rihanna datang Malaysia kemudian nyanyi lagu "Islam haram jadah", apa reaksi kita? Jika majoriti peminat muzik memakai benchmark kau tu, maka makin ramai artis macam tu dengan lirik yang sama datang Malaysia buat show.

Persepsi kita memang nak defend apa yang kita minat. Tapi sampai benchmark tinggi mana lagi yang nak dipertahankan perkara yang memang nyata kita tau tak memberi manfaat baik kepada yang menonton mahupun kepada scene Metal yang dah dua kali dilanda masalah ini?

Kalau kawan kau maki hamun mak kau adakah kau akan berlembut dengan dia. Contoh, "Mak kau pelacur". Walaupun statement dia tak betul tapi adakah kau nak letak gap kau juga pada pemaki itu?

Macam tu lah sesetengah reaksi orang apabila mereka menulis dan menyanyikan

"Judiasm and Christianity,
ISLAM, Hindu and Buddhism..
Are feeble created rubbish,"

Walhal yang menyanyi tu memang orang ISLAM!

11 comments:

  1. Siapa yg nyanyi tu??

    ReplyDelete
  2. cut & paste dan google.

    ReplyDelete
  3. Ooh....tahu dah...band Metal Singapore tu....

    ReplyDelete
  4. hahaha..isu yg pernah panas dlm fb hujug thn lpas...cuma saya sedikit terkilan lah ttg isu ni..yg band SESAT tu mmg lh SESAT..namun jgn lah kita yg xmau kearah tu cuba melabelkan manusia lain dgn title BABI & ANJING..

    ReplyDelete
  5. darksharulez... saya setuju saranan anda.

    Bagaimana pula dengan saranan saya?

    ReplyDelete
  6. sorry to say, kenapa impiety diberi ruang dalam mag tu? tak paham sungguh gua.

    ReplyDelete
  7. tentang saranan abg..hmm..berita ttg dorg nk turun perak february ni pn dh senyap kan..so kira ok lh..

    ReplyDelete
  8. berat isu neh,sam..tp sebenarnya mudah utk diterjemahkan...tinggalkanlah mana,siapa2 yg patut..metal-metal juga,tp jika dr kelompok sendiri pon dah lari akidah,well,jauhilah..xde apa yg dibanggakan pon,jika agama sendiri dh dipermainkan..kalo attitude tu aku bleh rilek lagi,tp kalo dh agama pon nk dijaja,aku tinggalkan 'siapa' itu..x pegi gig tu besok pon xpe..thanks bro,kalo x buat artikel neh,serius,aku pn x pernah kaji lirik dia...walhal dr dedulu minat gak kat 'siapa' tuh..huh..

    ReplyDelete
  9. teringat plak aku kisah atila main kat one cafe tempohari.... harap takder jugak org kita yang turut bersorak gembira tengok drg main

    ReplyDelete
  10. bro jairo,
    ape dh berlaku kat atilia tuh?acu komer citer sket...maklumla teman x brapa ikut pkembangan

    ReplyDelete
  11. gbone,
    aku takder pigi.. cuma dengar citer member yang pigi.... dia sampai keluar venue masa atila tu perform gara2 meremang bulu roma hehehehehehehehe

    ReplyDelete