Saturday, January 15, 2011

BUKAN poligami yang menyelamatkan wanita, tetapi PERKAHWINAN

 Dalam banyak-banyak argumen dalam thread INI, argumen yang ini paling menarik perhatian. Masih terbuka untuk diskusi (yang tak pernah habis).


---------------
Salam.

Pandangan saya, BUKAN poligami yang menyelamatkan wanita, tetapi PERKAHWINAN. Poligami hanyalah salah satu dari cabang perkahwinan.

Lelaki, pada tabii nya suka menolong wanita, walaupun wanita itu bukan isterinya. Dan wanita juga agaknya, suka ditolong oleh lelaki, walaupun lelaki itu bukan suaminya. Dalam kedua-dua keadaan, ianya regardless samada lelaki itu sudah beristeri atau tidak, regardless samada perempuan itu sudah bersuami atau tidak.

Orang yang tiada pegangan agama pun mempunyai tabii yang sama. Lelaki suka menolong wanita. Cuma, mereka dengan begitu senang hati melampaui had-hadnya tanpa sebarang rasa bersalah atau berdosa.

Tanpa ikatan pernikahan, sebarang pertolongan yang dihulurkan oleh lelaki kepada perempuan boleh DIRAGUI keikhlasannya. On the other hand, pertolongan itu juga, walau seikhlas mana sekalipun, masih boleh membawa kepada fitnah, dan merosakkan rumahtangga pada lelaki yang sudah beristeri, dan pada wanita yang sudah bersuami.

ISLAM melengkapkan dan menghapuskan keraguan itu dengan caranya yang tersendiri. Dengan komitmen lelaki mengambil perempuan itu sebagai isteri, akan sekaligus menghapuskan segala fitnah itu, dan sekaligus menukarkan segala pertolongan tadi kepada amal ibadat. Orang lain dah tak boleh kata apa dah, kerana mereka sudah menjadi suami isteri.

Pertolongan dari suami tetap akan sampai kepada isteri sekadar yang termampu oleh suami itu, WALAUPUN tidak disuruh oleh sesiapa. Kalau bukan isteri pun lelaki akan menolong perempuan, apa lagi apabila sudah menjadi isteri. Ini tabii lelaki terhadap perempuan. ISLAM menjuruskan tabii itu supaya ianya berlaku dengan cara yang terbaik tanpa sebarang mudharat kepada sesiapa, bebas dari sebarang fitnah atau buruk sangka, seperti yang dikehendaki dan diperintahkan oleh pencipta lelaki dan perempuan itu sendiri, yakni Allah Taala.

Kesimpulan: BUKAN poligami yang menyelamatkan wanita, tetapi PERKAHWINAN. Lelaki dibenarkan berkahwin sampai 4, manakala perempuan dibenarkan berkahwin HANYA DENGAN SEORANG lelaki.

Wallaahu a’lam.

3 comments: