Wednesday, December 29, 2010

Ulasan: WOLFSBANE I Like It Hot CD single promo


 WOLFSBANE pernah menjadi fenomena sekitar akhir era 80an dahulu. Mungkin disebabkan mereka ditarik oleh Rick Rubin, yang ketika itu sudah terkenal namanya menjadi produser kepada album Thrash Metal terhebat (hingga kini), Reign In Blood. Apapun, Blaze Bayley adalah orang yang paling banyak menerima manfaat dari Wolfsbane. Dengan sebab Wolfsbane (sedar atau bawah-sedar), beliau menjadi vokalis Iron Maiden untuk album The X Factor dan Virtual XI.

I Like It Hot adalah single dari album pertama Wolfsbane. Ianya adalah sebuah lagu hardrock dengan riffs gitar berdistortion halus. Nyata lagu ini memang mahu dijadikan lagu tema untuk setiap show Wolfsbane. Namun pada saya, lagunya tidaklah menarik sangat. Korus yang menjadi sangat penting untuk lagu seperti ini, kurang mencengkam. Kita mungkin mempersoalkan, kenapa lagu ini?

Jika disuruh membuat perbandingan, saya lebih menyukai Blaze di zaman selepas Iron Maiden berbanding Wolfsbane. Mungkin kerana ianya lebih metal dari Wolfsbane yang lebih kepada hardrock.

Apapun single ini bukan dirilis untuk dijual; sebab itu dinyatakan sebagai promo iaitu CD promosi yang biasanya dihantar kepada media sebagai medium promosi. Berharga bagi peminat Wolfsbane, Iron Maiden dan Blaze Bayley sendiri.


1 comment:

  1. salam, maaf mencelah.
    harap dapat update: http://devourmentovsouls.blogspot.com

    thanks..

    ReplyDelete