Friday, December 17, 2010
Ulasan: WET APPETITE Insaf CD
Kenapa nama band ini bernama WET APPETITE tidak saya pastikan. Mungkin ada makna istimewa. Sekali imbasan di google memberikan jawapan, "whet" dan bukan wet pada appetite yang bermakna memberikan keghairahan atau bersungguh-sungguh. Apapun, saya serahkan persoalan ini kepada band untuk menjawapnya sendiri.
Band berasal dari Singapura ini memainkan adult-oriented-rock yang dikenali melalui band Foreigner, Journey dan Bad Company. Untuk mengkiaskan mereka bermain seperti band rock kangkang sepuluh tahun yang lalu mungkin tidak kena terutama apabila diperhatikan mesej yang dibawa oleh WET APPETITE tidak bermain kata dengan lagu-lagu cinta manusia. Sebaliknya mereka membawa mesej ketuhanan yang sangat pekat; jika tidak kerana muzik rock, sudah pasti kita menyangka mereka adalah kumpulan nasyid.
Saya diberi CD ini tanpa apa-apa maklumat tambahan. Tiada introduksi kepada band juga tiada sepatah dua kata. Yang diberi sebuah alamat multiply yang apabila dicari tidak terjumpa selain dari ulasan dari bro deaf.
Oleh kerana ini adalah album self-financed, jadi kita memang sudah menjangkakan produksi yang bajet. Bunyinya walaupun jelas namun ada banyak kekeringan pada semua jabatan instrumen. Seolah-olah kita mendengar sebuah album yang belum dibuat proses mastering - mungkin ini bukan penyataan yang sebenar kerana saya tidak tahu mahu menyebutnya tetapi kita merasakan sesuatu yang kurang dalam produksi ini. Apa nak dikata, berapa banyak yang perlu untuk merilis album sendiri DENGAN duit sendiri, kan?
Bila bercakap mengenai lagu-lagunya pula, memang mereka mantap. Dari variasi rentak lagu hinggalah kepada cara lagunya dipersembahkan. Semuanya ada kelas. Kelas lagu yang dicipta sendiri tanpa bantuan mana-mana komposer luar. Ini membuktikan bahawa mereka berkaliber dalam mencipta lagu-lagu dalam skop muzik aor ini.
Lagu-lagu syahdu termasuklah Kaum Hawa yang begitu menusuk jiwa, Insaf yang agak menginsafkan, Sahutlah Doa Ku seperti satu doa, Adilkah yang merayu-rayu, Ku Ingin yang meratap dan Ibu Yang Ku Rindu yang bisa mengalirkan air mata. Lagu-lagu rancaknya pula tidak terlampau rancak hingga ke tahap hard rock. Berbelah Hati seperti lagu joget moden di tahun 70an, Selalu seperti lagu kelab malam di awal 80an (filem-filem Hail Amir?), Sejukanlah Hati Mu (ejaan sepatutnya SejukKan) yang santai dan Kisah Hang Tuah yang mengimbas sejarah silam.
Vokalnya ada karektor cuma mungkin apabila lagu menjadi rancak - suaranya terlampau merdu menjadikan lagu agak janggal. Apapun ini adalah minor concern apabila kita meletak gambaran yang lebih besar terhadap album ini.
Major concern ialah WET APPETITE adalah salah satu dari ribuan band rock yang bertahun berkumpul di dalam studio jamming yang berjaya merilis album sendiri. Ini adalah statement besar kepada rakan-rakan band yang lain. Mesejnya - tak guna jam bertahun-tahun dan ada kemampuan untuk bikin CD sendiri tetapi tidak keluar dari studio jamming tersebut. Keluarlah kalian!
*Wetappetite.multiply.com - kalau boleh dibuka maka anda bertuah. Atau cari saja link di facebook.
2010 malay album of the year aku.
ReplyDeleteSalam semua. Informasi Wet Appetite hanya boleh dilungsuri di www.Facebook.com/pages/Wet-Appetite ini kerana di Multiply agak lembab utk upload foto dan informasi terkini. Tkash.
ReplyDelete