Walaupun HUMILIATION adalah nama baru dalam persada muzik underground Metal tempatan tetapi ahli-ahlinya adalah orang lama. Mereka telah menimba pengalaman bersama band Nightshaders, Diman dan Oppressive Blood. Rilisan pertama mereka pada tahun lepas berbentuk CD-EP dengan 4 buah lagu ini menampilkan muzik Death Metal kuno di zaman awal genre ini dilahirkan.
Oleh kerana pengaruh yang diterima dan disalurkan adalah dari band Bolt Thrower, Massacre dan Benediction maka itulah yang kita dapat dari CD ini. Kedengaran pengaruh Bolt Thrower dan Benediction lebih jelas dari Massacre. Dalam Massacre, solo melanyak tremolo oleh Rick Rozz tidak kedengaran langsung yang pada saya adalah elemen yang sangat penting. Dari pengaruh ini jelas apa yang kita akan dapati iaitu muzik Death Metal dengan tempo pertengahan.
Majoriti lagu berada di bawah 4 minit, cuma lagu pertama saja yang melepasi sempadan itu. Melodinya mudah, atau mungkin pada kebanyakan tempat terlampau mudah. Diiringi dengan drumming stail Death Metal yang monotonous dalam menyuakan melodi tersebut. Untuk muzik sebegini sememangnya skil drum tidak perlu terlampau berbunga kerana ia akan hanya mematikan vibe lagu yang dimainkan. Oleh itu, drumnya jika dikira ada 3 atau 4 pattern sahaja.
Vokalnya, bekas vokalis Nightshaders, sejak dari dahulu saya puji. Suaranya besar (walaupun fizikal beliau kecil molek) dan sebutannya jelas tidak seperti kebanyakan vokalis Death Metal yang lain. Saya kira, beliau bervokal dengan mudah kerana liriknya sebiji-sebiji tidak seperti di zaman Nightshaders (seingat saya) yang lebih panjang dan perlu dihabiskan dalam lingkungan masa yang pendek.
Produksinya boleh dipuji. Seimbang dan jelas. Tidak ada kedengaran drum terkucil. Masalahnya ialah antara satu lagu dengan lagu yang lain kedengaran dengan jelas bunyi gitar yang berbeza. Sekali dengar seperti sesi rakaman dilakukan pada studio yang berlainan. Apabila dibaca pada booklet, nyata sesi rakaman selama 3 bulan inilah suspeknya. Dalam masa antara satu lagu dan satu lagu lain dirakam, mungkin berlaku kemalangan menyentuh punat dan butang yang salah.
Apapun, walaupun tidaklah begitu mengghairahkan tetapi disebabkan ini rilisan pertama dan potensi yang ada pada band ini pada masa hadapan, menyebabkan saya menanti rilisan yang seterusnya. Dan memang album penuh mereka pun telah dirilis pun. Cuma tiada peluang lagi untuk mendapatkannya.
Band contact: humiliationband@gmail.com
Gua lebih suka pada zaman Nightshaders. Sepatutnya Humiliation diteruskan tanpa meninggalkan Nightshaders. Akan bertambah merwarnai metal scene Malaysia ni. Apa2 pun Humiliation
ReplyDeletebest
ReplyDeletelanjutan review album penuh ada kami tulis di DtE..
ReplyDeletehttp://dissectingtheeuphony.blogspot.com/2010/12/humiliation-dawn-of-warfare-2010.html