Friday, December 31, 2010

Ulasan: DEATH The Sound Of Perseverance CD

Album terakhir sebelum kematian pengasasnya, Chuck Schuldiner yang terus menamatkan riwayat Death sekaligus. Death adalah Chuck, tiada penggantinya. Beliau meninggal disebabkan barah otak.

Pemergian beliau meninggalkan legasi genre Death Metal yang dipeloporinya pada tahun 1983. Bermula dengan album Scream Bloody Gore hinggalah album terakhir ini, Death tidak pernah menghampakan. Setiap album mempunyai keunikan sendiri. Death sentiasa mereformasi muzik yang diasaskannya pada setiap keluaran.

Album ini juga tidak ketinggalan.

Ianya adalah album paling kompleks pernah dirakamkan oleh Death. Selepas album Symbolic, keseluruhan ahli band dirombak oleh Chuck, membawa muka-muka baru tetapi dengan teknik dan skil yang berbeza dengan ahli yang sebelumnya. Paling menyerlah, sudah tentulah Richard Cristy, pemain drum yang juga merupakan pelawak professional. Dalam hal drum, Richard bukan pelawak tetapi adalah drum yang ajaib. Tangan seperti sotong!

Album ini juga menunjukkan kesetian Chuck dengan Morrisound Studio yang satu masa dahulu merupakan pusat rakaman album-album Death Metal di USA. Walaupun tanpa Scott Burns sejak, Jim Morris menjadi penggantinya sejak album Symbolic. Reputasi studio ini dibuktikan masih relevan ketika itu dengan hasil produksi yang mantap dan padat seperti yang ditunjukkan dalam album ini.

Cuma ada sedikit kelainan. Suara Chuck sudah berubah. Dari growl yang kita kenali kepada jeritan seperti vokal Black Metal. Walaupun tidaklah sangat ia mengubah wajah Death tetapi ini menyebabkan Death mendapat kritikan kerana tidak mengekalkan vokal asal.

Lagu-lagu di dalam album ini panjang-panjang. Kebanyakannya melebihi 6 minit kecuali beberapa buah lagu. Strategi ini dapat difahami kerana kompleksiti lagu-lagu tersebut yang memerlukan masa yang sedikit panjang untuk mendapatkan flow yang baik. Kontranya, ia mencabar kesabaran mereka yang tidak menyukai apa-apa lagu yang melebihi 6 minit untuk menumpukan perhatian. Bahkan, lagu-lagu yang dirakamkan adalah tersangat teknikal dan memerlukan pendengaran yang kritikal. Mujurlah, melodinya masih mudah dihadam seperti album-album sebelumnya.

Sesungguhnya Death meninggalkan belang yang sukar untuk generasi seterusnya untuk menfotokopi. Bahkan hingga ke hari ini masih tidak nampak bayangnya.

    * All songs are written by Chuck Schuldiner, except where noted.

   1. "Scavenger of Human Sorrow" – 6:54
   2. "Bite the Pain" – 4:29
   3. "Spirit Crusher" – 6:44
   4. "Story to Tell" – 6:34
   5. "Flesh and the Power It Holds" – 8:25
   6. "Voice of the Soul" – 3:42 (Instrumental)
   7. "To Forgive Is to Suffer" – 5:55
   8. "A Moment of Clarity" – 7:22
   9. "Painkiller" (Judas Priest cover; Downing, Halford, Tipton) – 6:03

4 comments:

  1. yeah yeah keluar juga review ni dr abg ben.. tima kasih bro..
    dlm album ni, yg paling menangkap deria rasa dgn adrenalin aku adalah lagu spirit crusher ... terbaik !!!

    ReplyDelete
  2. album paling best & teknikal! nuff said.. r.i.p chuck!

    ReplyDelete
  3. scavenger of human sorrow antara fav track aku huhuhuhuhuhuhuh

    ReplyDelete
  4. Album Symbolic terbaik tapi album ni lagi berhantu semua lagunya terutama Spirit Crusher tuh. Jangan lupa instrumental Voice of the Soul. Dan x rugi Richard Cristy ganti Gene Hoglan...best.

    ReplyDelete