Thursday, December 09, 2010
Ulasan: DARK TRANQUILLITY The Gallery deluxe edition CD
Semasa mula-mula mendengar demo Trail of Life Decayed (1991) melalui tape-trading hampir 20 tahun yang lampau, saya merasakan yang band ini akan kekal lama. Ianya adalah demo yang paling kompleks waktu itu. Riffs berselirat tetapi diadun dengan baik sekali untuk menjadi sebuah lagu. Sesuatu pembaharuan yang mengangakan mulut ketika itu. Band dari Sweden bukan seperti ini - fikir saya.
Yang akhirnya, mereka mendifinisikan bunyi Gothenburg Death Metal yang kini menjadi blueprint kepada muzik Metalcore sekarang.
Maka tidak hairan, tidak lama kemudian mereka disambar oleh Osmose Production untuk rilisan album pertama ini.
Tidak hairan juga - CDnya ketika itu dibeli. Pada pendapat saya, tiada kesilapan dalam membelinya. Itu bukan persoalan. Persoalannya - kenapa tidak dibeli? Tiada alasan.
Dan memang album ini blow you minds away! Ketika ini muzik Gothenburg Death Metal telah menjadi satu pergerakan nasional di Sweden. Semua bercakap mengenainya. Dan makin banyak band yang tumbuh di sana dengan acuan yang sama.
Tetapi siapalah mereka untuk mengenepikan Dark Tranquility.
Punish My Heaven dimulakan dengan riffs gitar paling original ketika itu. Lethe bermula dengan lembut tetapi kemudiannya bertukar menjadi balada Death Metal yang melekat di kepala. The Dividing Line mempunyai groove dan break yang menjadi ulangan kebanyakan band metalcore waktu ini. Silence pula mengadun kelembutan dan kekerasan di dalam satu lagu yang mengubah persepsi asal tentang Death Metal sebagai muzik straight-out membunuh.
Pressing yang pertama untuk CD ini dah lama habis dan mendapatkannya memerlukan penelitian di eBay. Jika ada pun, bersedia untuk mengeluarkan harga premium. Untuk itu, syarikat rakaman biasanya akan merilis semula album tersebut dengan beberapa penambahan. Tambahan untuk album ini ialah 4 buah lagu cover yang pernah dirakamkan oleh mereka. Versi sadura yang menarik dari Kreator, Sacred Reich, Iron Maiden, Mercyful Fate dan Metallica.
Kalau dah ada pun album cetakan pertama - takde sebab kenapa tidak mahukan versi ini juga.
Juga baca DARK TRANQUILLITY live in Adelaide.
1. "Punish My Heaven" Stanne, Sundin, Johansson, Jivarp 4:46
2. "Silence, and the Firmament Withdrew" Stanne, Sundin, Henriksson 2:36
3. "Edenspring" Stanne, Sundin, Johansson 4:30
4. "The Dividing Line" Stanne, Sundin, Johansson, Jivarp 5:01
5. "The Gallery" Stanne, Sundin, Henriksson 4:07
6. "The One Brooding Warning" Stanne, Sundin, Johansson, Henriksson 4:14
7. "Midway Through Infinity" Stanne, Sundin, Johansson, Henriksson, Jivarp 3:30
8. "Lethe" Sundin, Henriksson 4:42
9. "The Emptiness from Which I Fed" Stanne, Sundin, Henriksson 5:43
10. "Mine Is the Grandeur..." (instrumental) Sundin, Johansson, Henriksson 2:26
11. "...of Melancholy Burning" Stanne, Henriksson 6:16
12. "Bringer of Torture" (Kreator cover) 2:20
13. "Sacred Reich" (Sacred Reich cover) 3:12
14. "22 Acacia Avenue" (Iron Maiden cover) 6:05
15. "Lady in Black" (Mercyful Fate cover) 4:22
16. "My Friend of Misery" (Metallica cover) 5:25
Masterpiece
ReplyDeleteproduk studio fredman xperlu dipertikaikan...production elben kvlt the gallery ngan at the gates-slaughter of the soul thn 95 bikin studio ni menjadi dambaan metallers nk buat rekoding kt sini...
ReplyDeleteklu kt mesia org berebut nk rekoding kt studio menora saari amri menghasilkan lagu tangkap leleh mcm ukays - Di Sana Menanti Di Sini Menunggu ngan Slam - jika kau rasa getarnya