Monday, December 13, 2010

UIasan: ENRIQUE IGLESIAS Euphoria CD

Album ke-9 Enrique ini adalah album bilingual pertama beliau. Sebelumnya, album adalah English atau Spanish sepenuhnya. Mari tepuk ramai-ramai.

Bertuahnya, album ini mencapai tangga ke-2 di carta Billboard 200.

Cuma mungkin ini juga adalah disebabkan koloborasi beliau dengan kuasa-kuasa besar dalam muzik seperti Akon dan Usher. 6 dari 14 lagu yang ditawarkan adalah berkoloborasi. Tidak dinafikan ia menguatkan album khususnya lagu-lagu yang dikoloborasi tersebut. Namun ia menyebabkan album ini menjadi tidak fokus, berdasarkan kepada kecenderungan artis undangan tersebut.

Sebab itu apabila lagu mula I Like It (bersama Pitbull) kita dijamu dengan lagu dance yang menarik pinggul, kemudiannya, tiba-tiba diterjah dengan pop-reggae (bersama Akon) dan kemudiannya balada new-wave Dirty Dancer (bersama Nicole Scherzinger). Begitulah untuk 3 lagu seterusnya.

8 lagu yang beliau nyanyikan tanpa jemputan artis lain lebih fokus. Kita tahu, ianya Enrique.

Disebalik ketidakfokusan album ini, saya tidak boleh menafikan bahawa ini adalah album pop Latin yang agak memuaskan. Beliau tidak cuba menjadi sesuatu yang lain dari apa yang ada padanya - seperti kebanyakan artis baru yang lain. 8 buah album sudah tentunya membentuk asas yang kukuh dan ini dibuktikan melalui album ini.

1.     "I Like It" (featuring Pitbull)         3:52
2.     "One Day at a Time" (featuring Akon) 4:01
3.     "Heartbeat" (featuring Nicole Scherzinger) 4:17
4.     "Dirty Dancer" (featuring Usher) 3:39
5.     "Why Not Me?"           3:36
6.     "No Me Digas Que No" (featuring Wisin & Yandel)     4:28
7.     "Ayer"       3:33
8.     "Cuando Me Enamoro" (featuring Juan Luis Guerra) 3:21
9.     "Dile Que"       3:42
10.     "TĂș y Yo"       4:01
11.     "Heartbreaker" 4:05
12.     "Coming Home"       4:00
13.     "Everything's Gonna Be Alright"  3:48
14.     "No Me Digas Que No"   4:07

-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

No comments:

Post a Comment